Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Liga Juara-Juara: Benfica kalahkan Zenit pada minit terakhir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Benfica kalahkan Zenit pada minit terakhir

Feb 18, 2016 | 07:33 AM

LISBON: Jonas Oliveira menjaringkan gol menerusi tandukan pada masa kecederaan untuk menamatkan kekecewaan 90 minit Benfica, apabila mereka menewaskan Zenit St Petersburg, yang terlalu berhati-hati, 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Selasa (16 Feb).

Zenit, juara Russia, datang ke Lisbon dengan niat jelas hendak mendapatkan keputusan seri dan kemudian menang dalam perlawanan kedua dalam keadaan yang mungkin beku di Stadium Petrovsky pada 9 Mac.

Rancangan itu, bagaimanapun, gagal apabila pemain pertahanan Zenit, Domenico Criscito, mengasari Andre Almeida dan dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua sedang perlawanan bergerak ke masa tambahan.

Hasil sepakan percuma itu, Nicolas Gaitan menghantar bola tinggi memasuki kawasan penalti Zenit di Stadium of Light dan Jonas, penjaring terbanyak liga Portugal dengan 23 gol, melompat untuk menanduk bola melepasi penjaga gawang Yuri Lodygin. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3