Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Chelsea menang besar lagi ke atas Maccabi

Nov 25, 2015 | 8:46 AM
 Penjaga gawang Macabbi Tel Aviv, Predrag Rajkovic, gagal menyelamatkan tendangan pemain midfield Chelsea, Oscar (dua dari kanan), dalam kemenangan 4-0 Chelsea dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Sammy Ofer pada Selasa, 24 Nov. Gambar AFP
Penjaga gawang Macabbi Tel Aviv, Predrag Rajkovic, gagal menyelamatkan tendangan pemain midfield Chelsea, Oscar (dua dari kanan), dalam kemenangan 4-0 Chelsea dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Sammy Ofer pada Selasa, 24 Nov. Gambar AFP -

ISRAEL: Chelsea menikmati kemenangan 4-0 kedua mereka ke atas Maccabi Tel Aviv dalam Liga Juara-Juara musim ini, untuk berada dalam kedudukan baik bagi layak ke peringkat kalah mati dalam perlawanan Kumpulan G pada Selasa (24 Nov)

Bagaimanapun, memandangkan Dynamo Kiev menang 2-0 di Porto, pasukan layak ke peringkat kalah mati akan hanya ditentukan pada pusingan terakhir perlawanan apabila Chelsea menjadi hos kepada Porto dan Kiev menyambut Maccabi.

Gol oleh Gary Cahill, Willian, Oscar dan Kurt Zouma memastikan kemenangan buat Chelsea, yang mempunyai tugas lebih mudah apabila kapten Maccabi, Tal Ben Haim, pemain utama di tengah-tengah pertahanan, dibuang padang lima minit sebelum rehat.

Selepas lima perlawanan, Chelsea dan Porto masing-masing mempunyai 10 mata, sementara Kiev lapan dan Maccabi di bawah sekali tanpa sebarang mata. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg