Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Dortmund mara ke kalah mati, Real Madrid dan Leicester terpaksa tunggu

Nov 03, 2016 | 07:33 AM



PARIS: Juara bertahan Real Madrid dan Leicester terpaksa menunggu untuk mengambil tempat dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas mereka hanya mampu seri pada Rabu (2 Nov), manakala Dortmund mara.



Leicester, yang memenangi tiga perlawanan awalnya, hanya seri tanpa jaringan di Copenhagen.



Satu mata itu membuat juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu mendahului Kumpulan G dengan tiga mata di depan Porto, yang menyingkirkan Club Brugge 1-0 di Portugal dengan gol oleh Tomas Silva.



Dalam Kumpulan F, Real Madrid seri 3-3 dengan Legia Warsaw walaupun menjaringkan gol pada minit pembukaan melalui Gareth Bale.



Karim Benzema menambahkan gol kedua bagi Real tetapi Legia, yang mencari mata pertama, mengaum penuh semangat semula dengan gol oleh Vadis Odjidja-Ofoe, Miroslav Radovic dan Thibault Moulin.



Mateo Kovacic kemudian menyamakan kedudukan bagi juara bertahan itu.



Dortmund, juara pada 1997, mengucapkan terima kasih kepada gol babak pertama oleh Adrian Ramos untuk menang 1-0 ke atas Sporting Lisbon, sekali gus menjamin tempat dalam pusingan kalah mati daripada Kumpulan F.



Mereka mempunyai 10 mata, dua lebih banyak daripada Real.



Sevilla, juara Liga Europa sepanjang tiga musim lalu, boleh dikatakan telah menjamin tempatnya di pusingan kalah mati tetapi secara teknikal masih boleh dihambat oleh Lyon.



Mereka mengucapkan terima kasih pada Rabu kepada gol oleh Luciano Vietto, Sergio Escudero, Steven N'Zonzi dan Wissam Ben Yedder yang menimpakan kekalahan 4-0 ke atas Dinamo Zagreb dalam Kumpulan H di Sepanyol untuk mendapat 10 mata.



Dalam kumpulan sama, Juventus juga terlepas peluang mara selepas hanya seri 1-1 dengan Lyon di Turin.



Mereka kini dua mata di belakang Sevilla.



Keputusan seri itu membolehkan Lyon secara teknikal terus memburu dengan empat mata.



Tottenham Hotspur pula tewas 1-0 kepada Bayer Leverkusen, membuat mereka ketinggalan dua mata di belakang pasukan Jerman itu dan empat mata di belakang pendahulu Kumpulan E, Monaco.



Monaco mengalahkan CSKA Moscow 1-0.



Dortmund menyertai Arsenal, Paris Saint Germain, finalis musim lalu Atletico Madrid, dan Bayern Munich melangkan ke pusingan 16 pasukan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >