Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

KontraVARsi lagi Gol kemenangan Spurs dibatal

Oct 28, 2022 | 07:49 AM



LONDON: Tottenham akan sekurang-kurangnya perlu meraih keputusan seri di Marseille dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara terakhir mereka untuk menempah tempat dalam pusingan kalah mati selepas kemenangan mereka dirampas pada saat-saat akhir menentang Sporting Lisbon kelmarin.



Spurs kelihatan bersedia untuk mara ke kelompok 16 pasukan terakhir apabila Harry Kane menjaringkan gol pada minit ke-95.



Tetapi, selepas semakan video penolong pengadil (VAR) yang berlangsung selama tiga minit, gol itu tidak diambil kira kerana ofsaid, mencetuskan kemarahan pengurus Tottenham Antonio Conte.



Warga Italy itu dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Belanda, Danny Makkelie, yang bermakna Conte mungkin digantung daripada garisan tepi padang apabila Tottenham melawat Marseille pada Selasa ini.



Anak didik Conte masih mendahului Kumpulan D dengan satu mata di depan Sporting dan Eintracht Frankfurt, tetapi keeempat-empat pasukan masih berpeluang mara ke pusingan selanjutnya.



Satu mata buat Spurs di selatan Perancis cukup untuk melayakkan diri, manakala Sporting juga hanya memerlukan keputusan seri untuk mara apabila menjadi tuan rumah kepada Frankfurt.



"Saya fikir VAR mencipta banyak kerosakan," kata Conte kepada BT Sport. "Saya mahu lihat kalau kami berada dalam satu lagi stadium, menentang satu lagi pasukan besar, adakah mereka bersedia untuk tidak membenarkan jenis gol sebegini?



"Apabila anda mencipta situasi seperti ini, ia adalah luar biasa. Anda mencipta banyak kerosakan kepada kelab."



Tottenham terpaksa bangkit dari ketinggalan selepas bekas penyerang Spurs Marcus Edwards membuka jaringan untuk Sporting.



Rodrigo Bentancur menyamakan kedudukan 10 minit sebelum tamat permainan dan pasukan tuan rumah fikir mereka telah merampas kemenangan apabila Kane merembat masuk dari sudut sempit.



Tetapi Kane diadili berada di depan bola dari tandukan Emerson Royal walaupun pemain Brazil itu menanduk bola ke belakang melintasi gawang sebelum ia terkena pemain pertahanan Sporting.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >