Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara Juara Eropah, Liga Eropah digantung hingga dimaklumkan nanti: UEFA

Apr 2, 2020 | 8:39 AM
DEMI KESELAMATAN AWAM: Perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Liga Eropah dan Liga Juara Juara Wanita, kesemua yang dijadualkan berlangsung Mei ini, kini ditangguhkan.
DEMI KESELAMATAN AWAM: Perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Liga Eropah dan Liga Juara Juara Wanita, kesemua yang dijadualkan berlangsung Mei ini, kini ditangguhkan. - EPA-EFE

NYON (Switzerland): Semua perlawanan bola sepak bagi Liga Juara Juara Eropah dan Liga Eropah telah digantung "sehingga tempoh yang akan ditetapkan kelak" oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) akibat daripada pandemik koronavirus sedunia.

UEFA dalam kenyataannya juga mengesahkan bahawa kesemua perlawanan kebangsaan ditangguhkan, termasuk perlawanan kelayakan bagi Euro 2020 - yang telah pun ditangguhkan ke 2021 - dan perlawanan kelayakan untuk Euro Wanita 2021.

UEFA yang mempunyai keahlian 55 anggota bertemu semalam.

Liga Perdana England digantung sehingga sekurang-kurangnya hujung bulan ini.

Perlawanan kelayakan Euro 2020 akan menampilkan Ireland Utara, Republik Ireland dan Scotland.

Kelab-kelab Liga Perdana England, Manchester City dan Chelsea masih di dalam Liga Juara-Juara sedang Manchester United, Wolves dan pasukan Liga Perdana Scotland, Rangers, berada dalam Liga Eropah.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Liga Eropah dan Liga Juara Juara Wanita, kesemua yang dijadualkan berlangsung Mei ini, kini ditangguhkan.

Sedang kesemua liga di Eropah berharap dapat menghabiskan musim domestik sebaik sekatan pergerakan dan kontak sosial ditarik balik, Presiden UEFA, Encik Aleksander Ceferin minggu lalu berkata, musim bola sepak sekarang akan berakhir jika ia tidak disambung semula pada lewat Jun. - BBC

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg