Malam penentuan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malam penentuan

SLOT LIGA JUARA-JUARA, LIGA EUROPA, LIGA PERSIDANGAN EUROPA MASIH JADI REBUTAN
May 23, 2021 | 5:30 AM

Malam penentuan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BERSAING HINGGA KE SAAT AKHIR: (Dari kiri) Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel; Pengurus Liverpool Juergen Klopp; dan Pengurus Leicester Brendan Rodgers. - Foto-foto REUTERS/EPA-EFE
BERSAING HINGGA KE SAAT AKHIR: (Dari kiri) Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel; Pengurus Liverpool Juergen Klopp; dan Pengurus Leicester Brendan Rodgers. - Foto-foto REUTERS/EPA-EFE -

LONDON: Musim 38 perlawanan mencapai penghujungnya malam ini, dengan tiga pasukan masih bersaing untuk merebut tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Manchester City telah pun menjamin tempat sebagai juara musim ini. Seteru sekota, Manchester United di tangga kedua juga begitu.Namun hanya satu mata mengasingkan Chelsea di tangga ketiga dengan Leicester di tangga kelima. Liverpool pula di tengah-tengah, sama mata dengan Leicester tetapi dengan kelebihan gol lebih baik. Justeru, apakah kesudahannya bagi kelayakan ke pertandingan Eropah pada hari terakhir ini. Pasukan mana masih boleh layakkan diri ke Liga Europa? Pasukan mana pula yang akan beraksi dalam Liga Persidangan Europa - pertandingan terbaru yang bakal dianjurkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah pada musim depan?

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

2 sudah layak, 3 lagi bersaing 2 slot

Kedudukan terkini 3 kelab

Chelsea: 37 perlawanan 67 mata

Liverpool: 37 perlawanan 66 mata

Leicester: 37 perlawanan 66 mata

EMPAT pasukan teratas dalam EPL melayakkan diri ke pusingan kumpulan Liga Juara-Juara. Begitu juga juara Liga Juara-Juara dan Liga Europa, jika mereka tidak menduduki empat tangga ke atas dalam EPL.

Hanya lima pasukan dari England semusim dibenar beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Ini bermakna, meskipun Chelsea tidak dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara jika ia mengakhiri musim di tangga kelima, ia masih dapat melayakkan diri jika menewaskan City dalam final Liga Juara-Juara pada 29 Mei ini.

Namun, Chelsea boleh menjamin tangga ketiga dalam EPL dan tempat di Liga Juara-Juara jika ia menewaskan Aston Villa dalam perlawanan terakhir EPL nanti.

Liverpool dan Leicester pula melangkah ke padang bagi perlawanan masing-masing hari ini dengan kedudukan terikat dengan 66 mata.

Namun Liverpool mempunyai kelebihan menerusi kiraan gol.

Ini bermakna, jika Liverpool menewaskan Crystal Palace 1-0 hari ini, Leicester bukan sahaja perlu memenangi perlawanan dengan Tottenham Hotspur, malah memerlukan kemenangan dengan kelebihan lima gol untuk merampas tangga keempat EPL daripada Liverpool.

LIGA EUROPA

HANYA 32 pasukan akan menandingi Liga Europa musim depan, berbanding 48 pasukan pada musim ini dan musim-musim sebelumnya.

Pasukan yang menduduki tangga kelima EPL akan melayakkan diri ke pusingan kumpulan Liga Europa. Pasukan di tangga keenam juga akan melayakkan diri ke Liga Europa, kerana Leicester, yang juga pemenang Piala FA, telah menjamin tempat di sekurang-kurangnya tangga kelima.

Juara Piala FA mendapat tempat automatik di Liga Europa.

Menjelang perlawanan terakhir hari ini, Leicester berada di tangga kelima, empat mata di atas West Ham yang menduduki tangga keenam.

Lagi dua pasukan Tottenham dan Everton, masih boleh merebut tangga keenam liga dan tempat di Liga Europa.

LIGA PERSIDANGAN EUROPA

LIGA baru ini dianggap sebagai liga ketiga di bawah Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Pasukan yang mengakhiri musim EPL ini di tangga ketujuh akan melayakkan diri ke pusingan 'play-off' Liga Persidangan Europa yang akan dilangsungkan menerusi dua perlawanan pada 19 Ogos dan 26 Ogos.

Salah satu daripada pasukan-pasukan ini - West Ham, Spurs, Everton dan Arsenal masih boleh melayakkan diri ke Liga Persidangan Europa ini.

Leeds, yang kini menduduki tangga ke-10, juga masih berpeluang berbuat demikian, walaupun harapannya adalah tipis.

Ia bukan sahaja perlu menewaskan West Bromwich Albion malam ini, malah harus menjaringkan berbakul gol dan mengharapkan keputusan perlawanan lain menyebelahinya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg