Premium
Tempat di separuh akhir bak penawar bagi Barcelona
Apr 13, 2016 | 5:30 AM
WIRA PASUKAN: Luis Suarez (kanan) meraikan gol yang dijaringkannya dalam perlawanan pertama minggu lalu. - Foto AFP -
MADRID: Barcelona boleh melupakan prestasi hambar dalam pertandingan domestik dengan menjamin tempat di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila bertandang ke Atletico Madrid dinihari esok.
Barcelona, juara Eropah dan pemenang tiga kejuaraan musim lalu, kini bergelut bangkit selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir berturut-turut dengan Real Madrid dan Real Sociedad.

