Premium
Tampines. Tewas. Tersingkir
Jan 16, 2020 | 5:30 AM
TEWAS: Kopitovic (kiri) menggunakan fizikalnya untuk mengatasi pemain Bali United, Leonard Tupamahu, dalam kekalahan 3-5 Tampines di Stadium Jalan Besar kelmarin. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
DUA gol dalam masa tambahan memusnahkan harapan Tampines Rovers untuk mara dalam Liga Juara-Juara Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) selepas tumpas 3-5 di tangan Bali United dalam perlawanan pusingan awal kelayakan di Stadium Jalan Besar kelmarin.
Juara Liga 1 (liga perdana Indonesia) itu memulakan perlawanan dengan cemerlang, meledakkan dua gol dalam masa 13 minit pertama menerusi rembatan mantap Melvin Platje.

