Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Man City seri 3-3 dengan Celtic

Sep 29, 2016 | 7:26 AM
Pemain tengah Manchester City, Fernando (kanan), merebut bola di udara dengan penyerang Celtic Moussa Dembele semasa perlawanan Liga Juara-Juara di Celtic Park pada 28 September 2016.
Pemain tengah Manchester City, Fernando (kanan), merebut bola di udara dengan penyerang Celtic Moussa Dembele semasa perlawanan Liga Juara-Juara di Celtic Park pada 28 September 2016. - GAMBAR AFP

GLASGOW: Pep Guardiola menyaksikan rekod sempurnanya dengan Manchester City berakhir, apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan tiga kali untuk mendapatkan keputusan seri 3-3 di Celtic dalam perlawanan mempesonakan Kumpulan C Liga Juara-Juara pada Rabu (28 Sep ).

Anak buah Guardiola terkejut dengan suasana hangat di Celtic Park kerana mereka dinafikan kemenangan ke-11 berturut-turut, yang akan menyamai rekod 1960-1961 Tottenham Hotspur sebagai permulaan terbaik bagi sesebuah musim oleh mana-mana kelab Inggeris.

Moussa Dembele menjaringkan dua gol bagi Celtic, sementara Raheem Sterling menjaringkan gol sendiri.

Namun, City enggan kekal lemah dan menyumbatkan gol melalui Fernandinho, Sterling dan Nolito.

Mereka kini di tempat kedua dalam kumpulan C dengan empat mata, di belakang Barcelona yang menang 2 -1 di Borussia Moenchengladbach. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg