BARCELONA: Pengurus Barcelona Luis Enrique memuji wira Barcelona, Lionel Messi, sebagai pemain terbaik dunia "di setiap posisi" selepas pemain handalan Argentina itu memecahkan rekod dengan kemenangan besar 7-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Celtic.
Messi, yang menjaringkan hat trick pada perlawanan itu, menjadi pemain pertama dalam sejarah pertandingan Eropah menjaringkan sejumlah enam hat trick.