Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Monaco singkir Man City untuk mara bersama Atletico Madrid

Mar 16, 2017 | 7:39 AM
Pemain tengah Tiemoue Bakayoko (kiri) menjaringkan gol ketiga Monaco, yang menewaskan Manchester CIty 3-1 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara di Stade Louis II di Monaco pada 15 Mac 2017.
Pemain tengah Tiemoue Bakayoko (kiri) menjaringkan gol ketiga Monaco, yang menewaskan Manchester CIty 3-1 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara di Stade Louis II di Monaco pada 15 Mac 2017. - GAMBAR AFP

MONACO: Tandukan hebat Tiemoue Bakayoko membawa Monaco ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan mengalahkan pasukan Pep Guardiola, Manchester City, 3-1 pada Rabu (15 Mac).

City tersingkir dek peraturan gol di tempat lawan.

Ketinggalan 5-3 pada perlawanan pertama di England, bintang remaja Kylian Mbappe meletak Monaco di depan selepas hanya lapan minit di Stade Louis II dan pemain tengah Fabinho menambah goh kedua pasukan tuan rumah sebelum setengah jam.

Gol minit ke-71 Leroy Sane memberi City kelebihan 6-5 dari segi agregat, tetapi Bakayoko menanduk kencang bola daripada sepakan percuma Thomas Lemar 13 minit sebelum tamat perlawanan bagi Monaco mencatat kemenangan.

Dalam satu lagi perlawanan pada Rabu, Atletico Madrid juga menempah tempat ke suku akhir bagi empat musim berturut-turut tetapi harus mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol Jan Oblak kerana mengelakkan kekalahan untuk seri 0-0 dengan Bayer Leverkusen.

Oblak menyelamatkan bola tiga kali dengan cemerlang pada pertengahan babak kedua apabila Atletico berusaha mempertahankan kelebihan 4-2 daripada perlawanan pertama mereka. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg