Topik diikuti
Pergi ke BHkuPellegrini taruh harapan City cipta sejarah di Eropah
Mar 17, 2016 | 5:30 AM
Pellegrini taruh harapan City cipta sejarah di Eropah
MANCHESTER: Manuel Pellegrini melahirkan keyakinan menyaksikan pasukannya mengukir nama dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas Manchester City mengatasi Dynamo Kiev bagi melangkah ke suku akhir kejohanan elit Eropah itu buat pertama kali dalam sejarah kelab itu.
City kecundang kepada gergasi Sepanyol, Barcelona, di pusingan 16 pasukan terakhir di dua edisi kejohanan ini yang lalu tetapi memastikan laluannya musim ini tidak berhalang menyusuli keputusan seri yang agak membosankan 0-0 di Stadium Etihad bagi kemenangan agregat 3-1 dinihari semalam.