Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Porto tewaskan Leicester 5-0 untuk ke kalah mati

Dec 8, 2016 | 7:23 AM
Pemain FC Porto Yacine Brahimi mengawal bola antara pemain pertahanan Luis Hernandez (kiri) dan pemain tengah Ghana Jeff Schlupp Leicester City semasa perlawanan Kumpulan G Liga Juara-Juara di Stadium Dragao di Porto pada 7 Disember 2016 .
Pemain FC Porto Yacine Brahimi mengawal bola antara pemain pertahanan Luis Hernandez (kiri) dan pemain tengah Ghana Jeff Schlupp Leicester City semasa perlawanan Kumpulan G Liga Juara-Juara di Stadium Dragao di Porto pada 7 Disember 2016 . - GAMBAR AFP

PORTO: FC Porto mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan kemenangan mudah memalukan 5-0 ke atas pasukan kedua Leicester City di Estadio do Dragao pada Rabu (7 Dis).

Dek telah menempah tempat di pusingan kalah mati sebagai pemenang Kumpulan G, Leicester merehatkan pemain utamanya, membuat tuan rumah memanfaatkan peluang itu dengan dua gol oleh Andre Silva dan tiga oleh Jesus Corona, Yacine Brahimi dan Diogo Jota.

Leicester hanya melepaskan satu gol dan tidak pernah kalah dalam kempen Liga Juara-Juara sulungnya sebelum perlawanan ini, tetapi tiga gol membolosi gawangnya dalam masa 45 minit pada Rabu.

Dengan Copenhagen menang di Club Bruges dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, Porto menamatkan peringkat kumpulan dengan dua mata di depan pasukan Denmark itu dan dua mata di belakang Leicester. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg