Premium
PSG dan City laga 'kekayaan'... dan kekuatan
Apr 6, 2016 | 5:30 AM
CABARAN GETIR: Barisan pemain City, (dari kiri) Sergio Aguero, David Silva dan Kevin De Bruyn, meraikan kemenangan ke atas Bournemouth hujung minggu lalu. Cabaran lebih sengit menanti City apabila bertandang ke padang PSG dalam pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara hari ini. - Foto REUTERS -
PARIS: Masa 'memukul canang' sudah pun berlalu, kini tiba masa bagi Paris St Germain (PSG) dan Manchester City - kededuanya kelab mewah yang mendapat sokongan jutawan Arab - memenuhi jangkaan tinggi yang diletakkan ke atas mereka apabila berentap dalam pertemuan pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah hari ini (2.45 pagi esok waktu Singapura).
PSG, yang ditabal juara Liga 1 Perancis bulan lalu, akan berusaha melayakkan diri ke separuh akhir pertamanya sejak kelab itu 'ditaburi' ratusan juta dolar apabila dibeli syarikat Pelaburan Sukan Qatar pada 2011.

