Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Real Madrid bangkit untuk kalahkan Napoli 3-1

Feb 16, 2017 | 8:02 AM
Karim Benzema (tengah) meraikan gol pertama yang dijaringkannya untuk Real Madrid, yang mengalahkan Napoli 3-1 dalam perlawanan peringkat 16 terakhir pertama mereka dalam Liga Juara-Juara di stadium Estadio Santiago Bernabeu pada Rabu (15 Feb).
Karim Benzema (tengah) meraikan gol pertama yang dijaringkannya untuk Real Madrid, yang mengalahkan Napoli 3-1 dalam perlawanan peringkat 16 terakhir pertama mereka dalam Liga Juara-Juara di stadium Estadio Santiago Bernabeu pada Rabu (15 Feb). - GAMBAR REUTERS

MADRID: Real Madrid bangkit daripada ketinggalan pada awal perlawanan di tempat sendiri untuk mengalahkan Napoli 3-1 dalam peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu (15 Feb).

Gol oleh Karim Benzema, Toni Kroos dan Casemiro sekali gus memberi Real harapan besar untuk mara ke suku akhir tujuh kali berturut-turut.

Namun, Lorenzo Insigne yang memeranjatkan Real terlebih dahulu dengan gol daripada sepakan kencang dari jarak 37 meter hanya lapan minit selepas perlawanan peringkat 16 terakhir pertama mereka itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Benzema menanduk masuk gol penyamaan sebelum Kroos dan Casemiro merembat dari luar kotak penalti pada awal babak kedua untuk memberi juara bertahan Real kemenangan sebelum perlawanan kedua pada 7 Mac.

Napoli tidak dapat mengelakkan kekalahan walaupun perlawanan itu disaksikan legenda pasukan itu, Diego Maradona, yang memberi mereka kata-kata perangsang di bilik persalinan sebelum sepak mula. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg