Liga Juara-Juara: Real Madrid dan Manchester City seri 0-0

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Real Madrid dan Manchester City seri 0-0

Apr 27, 2016 | 7:18 AM

Liga Juara-Juara: Real Madrid dan Manchester City seri 0-0

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gareth Bale daripada Real Madrid (tengah) bersaing bersama Kelechi Iheanacho (kiri) dan Jesus Navas daripada Manchester City dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Etihad pada Selasa (26 Apr).
Gareth Bale daripada Real Madrid (tengah) bersaing bersama Kelechi Iheanacho (kiri) dan Jesus Navas daripada Manchester City dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Etihad pada Selasa (26 Apr). - EPA

MANCHESTER: Penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara, Cristiano Ronaldo, menjadi penonton kecewa kerana pasukannya, Real Madrid, hanya mampu seri 0-0 di Manchester City dalam separuh akhiara pertama pada Selasa (26 April).

Kecederaan menghalang bintang Portugis itu menambah jumlah 16 golnya dan tanpanya, Real tidak dapat memanfaatkan segelintir peluang yang mereka cipta untuk menghasilkan gol, dengan Joe Hart menyelamatkan percubaan paling baik dalam perlawanan di Stadium Etihad itu oleh Pepe.

Persembahan City agak mengecewakan, tetapi dengan menghalang Real daripada menjaringkan gol di tempat lawan, mereka mengekalkan harapan layak ke perlawanan akhir apabila mereka bertemu sekali lagi minggu depan di Bernabeu.

Dengan kededua pasukan tidak mencipta banyak peluang, babak paling ketara pada separuh pertama ialah David Silva terpaksa keluar padang selepas cedera pada paha semasa mengasari Gareth Bale, hingga mendapat kad kuning.

Silva digantikan oleh penyerang dari Nigeria, Kelechi Iheanacho, 19 tahun. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg