Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Trio Barcelona hapuskan Arsenal untuk ke suku akhir

Mar 17, 2016 | 07:19 AM

BARCELONA: Trio serangan dinamik Barcelona - Neymar, Luis Suarez dan Lionel Messi - semuanya menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada Rabu (18 Mac), yang menghantar pasukan Sepanyol itu ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 5-1.

Neymar membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Mohamed Elneny menyamakan kedudukan dengan tendangan gol yang sangat baik.

Suarez, bagaimanapun, melompat mencari bola hantaran silang Dani Alves dan menyumbatkan gol voli selepas 65 minit untuk menyekat kebangkitan babak kedua Arsenal, yang dengan ini tersingkir di peringkat 16 pasukan enam musim berturut-turut.

Messi melengkapkan jaringan dua minit sebelum perlawanan tamat, sekali gus Barcelona memanjangkan rekod tiada kekalahan kepada 38 perlawanan dalam semua pertandingan.

Kekalahan itu akan meningkatkan tekanan ke atas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang pasukannya ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City, dan tersingkir daripada Piala FA hujung minggu lalu. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3