Topik diikuti
Pergi ke BHkuZidane lahir kesetiaan jelang final lawan bekas kelab
Premium
Zidane lahir kesetiaan jelang final lawan bekas kelab
May 12, 2017 | 5:30 AM
Zidane lahir kesetiaan jelang final lawan bekas kelab
RAIKAN KEJAYAAN KE FINAL: Bintang Real dari Portugal, Cristiano Ronaldo, meraikan kejayaan pasukannya melangkah ke final Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut. - Foto AFP -
MADRID: Zinedine Zidane menegaskan jiwa dan kesetiaannya tidak akan berbelah-bahagi selepas memimpin Real Madrid ke final kedua berturut-turut Liga Juara-Juara, apabila mereka akan bertemu bekas kelabnya, Juventus, bulan depan.
Real mengharungi asakan bertubi-tubi pada separuh masa pertama daripada musuh ketatnya dan juga seteru La Liga, Atletico Madrid, sebelum menang 4-2 melalui keputusan agregat, sekali pun tewas 1-2 dalam pertemuan separuh akhir kedua di Vicente Calderon dinihari semalam.
