Topik diikuti
Pergi ke BHkuLiga Juara: PSV bangkit untuk tewaskan United 2-1
Liga Juara: PSV bangkit untuk tewaskan United 2-1
Sep 16, 2015 | 9:00 AM
Liga Juara: PSV bangkit untuk tewaskan United 2-1

Luciano Narsingh menjaringkan gol kedua PSV, yang mengalahkan United 2-1. Gambar REUTERS -
EINDHOVEN (Belanda): Luciano Narsingh menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua apabila PSV Eindhoven bangkit setelah ketinggalan satu gol untuk menewaskan Manchester United 2-1 dalam pelawanan Liga Juara pada pagi Selasa (16 Sep waktu Singapura).
Bek kiri United, Luke Shaw, mengalami apa yang kelihatan seperti kecederaan serius dan diusung keluar dengan topeng oksigen pada mukanya pada peringkat awal perlawanan Kumpulan B ini.
Memphis Depay memberi United gol pembukaan menakjubkan pada minit ke-41.
PSV, bagaimanapun, menyamakan kedudukan melalui tendangan sudut pada masa kecederaan separuh pertama menerusi Hector Moreno. - Reuters
