Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Liga Juara: Ronaldo jaring hatrik dalam kemenangan 4-0 Real ke atas Shakhtar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Liga Juara: Ronaldo jaring hatrik dalam kemenangan 4-0 Real ke atas Shakhtar

Sep 16, 2015 | 09:03 AM

MADRID: Cristiano Ronaldo mengatasi Lionel Messi sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah Liga Juara apabila beliau menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-0 Real Madrid ke atas Shakhtar Donetsk pada Selasa (16 Sep waktu Singapura).

Ronaldo menjaringkan dua gol menerusi tendangan penalti sebelum menyumbatkan satu lagi gol - hatrik keduanya dalam empat hari - menambahkan bilangan golnya dalam pertanding ini kepada 80, tiga lebih banyak daripada Messi.

Karim Benzema membuka tirai jaringan hasil kesilapan besar penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov, pada separuh masa pertama

Shakhtar bermain dengan 10 orang selepas Taras Stepanenko dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua hanya lima minit selepas babak kedua.

Real terpaksa mengeluarkan Gareth Bale hanya setengah jam selepas perlawanan bermula kerana pemain antarabangsa Wales itu mengalami masalah otot betis. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3