Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal cicir mata lagi, Man City kian mengancam

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal tercicir dua lagi mata dalam memburu gelaran Liga Perdana England (EPL) apabila seri 2-2 dengan West Ham United pada Ahad.



Pendahulu liga EPL itu berada dua gol di depan dalam setengah jam pertama dan dilihat mampu melebarkan jurang mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester City.



Ini setelah Gabriel Jesus menjaringkan gol pada minit ketujuh sebelum Martin Odegaard menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan voli tiga minit kemudian.



Namun segalanya berubah apabila pasukan yang dikenali sebagai The Gunners itu 'menghadiahkan' sepakan penalti selepas Jesus mengasari Lucas Paqueta dalam kotak penalti, yang disempurnakan Said Benrahma pada minit ke-33.



Arsenal mensia-siakan peluang keemasan pada minit ke-51 apabila pengadil memberi sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain West Ham, Michail Antonio. Namun ia gagal dimanfaatkan Bukayo Saka selepas sepakannya tersasar ke kanan gawang.



Kesilapan itu jelas membawa padah beberapa minit kemudian apabila Jarrod Bowen menjaringkan gol penyamaan bagi West Ham pada minit ke-54.



West Ham memerlukan mata untuk menjarakkan diri dari zon penyingkiran dan kini empat mata di luar zon itu.



Situasi yang dihadapi Arsenal dalam perlawanan ini hampir sama dengan perlawanan di Anfield sebelum ini apabila pasukan kendalian Mikel Arteta mendahului 2-0 tetapi menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2 menentang Liverpool.



Bercakap kepada media selepas perlawanan dengan West Ham, Arteta berkata beliau tidak berpuas hati dengan 'killer instinct' Arsenal selepas mereka kehilangan dua lagi mata penting dalam persaingan memburu mahkota EPL.



Pencabar terdekat Manchester City kini hanya empat mata di belakang The Gunners serta ada satu perlawanan dalam tangan.



Arteta berkata: "Jika perlawanan sedia untuk 'dimenangi', anda perlu lakukannya.



"Jika anda tidak memiliki pemikiran agresif seperti itu di EPL, pada peringkat tertentu, momentum akan menjadi sebaliknya. (Ini) sangat mengecewakan."



Beliau menjelaskan Arsenal melakukan kesilapan besar apabila ia berhenti untuk menjaringkan gol lagi.



"Ia nampak terlalu mudah. Kami fikir kami boleh ambil mudah dan kekalkan jaringan tetapi pada masa sama memberikan mereka harapan.



"Jika anda melepaskan (peluang) gol semasa mendahului (perlawanan) dan membazirkan penalti, anda berdepan masalah besar," ujarnya.



Beliau menambah pasukan kendaliannya itu "perlu mencari jalan penyelesaian di atas apa yang berlaku" untuk terus merealisasikan impian menjulang takhta EPL.



"Sangat sukar untuk memenangi liga ini. 30 minit beraksi dengan baik saja tidak mencukupi," jelas Arteta.



Timbul kebimbangan bahawa Arsenal beraksi dalam tekanan dalam usaha memburu gelaran EPL pertamanya sejak 2004.



Pendahulu liga itu bakal menentang juara bertahan EPL Manchester City di Stadium Etihad pada Khamis depan, dalam apa yang dianggap sebagai 'final' EPL oleh pengurus City, Pep Guardiola. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >