Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND - LIVERPOOL LWN MANCHESTER CITY

Bukan penentu juara tetapi...

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Juara liga tidak akan ditentukan dalam perlawanan ini.



Namun pertaruhan bagi kededua kelab begitu besar apabila Manchester City bertandang ke Liverpool tengah malam nanti.



Liverpool, selaku juara bertahan, sedang berusaha bangkit dalam musim dirobek kecederaan yang menimpa empat pemain pertahanan utama.



Kecederaan itu dan mungkin tekanan yang bertambah untuk menang telah bergabung untuk mencorak form kurang konsisten musim ini.



Meskipun ia boleh menewaskan pasukan lebih besar seperti Tottenham Hotspur dan Everton, ia tewas kepada Burnley dan beberapa hari lalu kepada Brighton Hove & Albion dan kini ketinggalan tujuh mata di belakang City walau telah beraksi lebih satu perlawanan.



Namun City, yang masih dilukai kehilangan takhta kepada Liverpool musim lalu juga perlukan semua tiga mata dalam perlawanan ini.



Tiga mata maksimum yang dirampas daripada antara pesaing terdekat bagi kejuaraan Liga Perdana England (EPL) musim ini bukan sahaja memberinya kelebihan psikologi, malah membenarkannya memperluas jurang dengan kelab-kelab lain di puncak liga.



Berdasarkan 'form', City yang telah memenangi enam perlawanan berturut-turut sebelum ini, anak didik Pep Guardiola nyata mempunyai kelebihan berbanding Liverpool.



Liverpool telah tewas tiga kali dan seri sekali dalam lima perlawanan liga terakhir, termasuk dua kekalahan mengejut berturut-turut di Anfield - 1-2 kepada Burnley dan 0-1 kepada Brighton.



Juergen Klopp pula telah menukar gandingan pemain di posisi bek tengah lebih 12 kali musim ini, sedang beliau cuba mencari gandingan paling berkesan untuk menggantikan gandingan pilihan pertama Virgil Van Dijk dan Joe Gomez yang tidak akan beraksi musim ini kerana mengalami kecederaan jangka panjang.



Pemain pertahanan lain Joel Matip juga tidak lagi akan beraksi musim ini selepas mengalami kecederaan serius dalam perlawanan dengan West Ham, sementara pemain midfield bernaluri defensif Fabinho yang acap kali diminta beraksi di benteng pertahanan masih cedera dan penglibatannya dalam perlawanan malam nanti masih menjadi tanda tanya.



Klopp mendapatkan dua pemain pertahanan di hari terakhir tempoh pindahan pemain Ozan Kabak dari kelab Bundesliga Schalke dan Ben Davies dari Preston North End yang beraksi dalam divisyen Championship.



Kabak, 20 tahun, dianggap pemain baik bagi masa depan dan dipercayai menyertai Liverpool sebagai pemain pinjaman dengan kontrak £2.5 juta ($4 juta), meskipun Liverpool dipercayai mempunyai peruntukan untuk membeli pemain itu secara keseluruhan.



Davies, 25 tahun pula bernilai £2 juta dan diikat dengan kontrak jangka panjang.



Namun, kededua pemain itu tidak dijangka beraksi menentang City malam nanti, dengan Jordon Henderson dan Nathaniel Phillips diramal mengambil tempat masing-masing di tengah-tengah benteng Liverpool sekali lagi.



Bagaimanapun, City tidak boleh bersikap sambil lewa atau terlalu yakin.



Musim aneh yang terjejas pandemik ini telah menimbulkan beberapa keputusan di luar dugaan, seperti apabila kelab corot Sheffield United menewaskan Manchester United 2-1 di Old Trafford hanya beberapa hari selepas United menewaskan Liverpool dalam Piala FA dan mengikatnya seri di Anfield dalam liga.



City, walaupun telah beraksi dalam 14 perlawanan tanpa kalah setakat ini, juga mengalami sendiri keanehan ini.



Ia telah tewas dua kali sepanjang musim, termasuk kekalahan 2-5 kepada Leicester.



Ini mendorong Pep Guardiola untuk menuding jari Leicester beraksi secara negatif - bertahan dan hanya melakukan serangan balas.



Namun hakikatnya musim yang dirobek pandemik ini bak menjadikan persaingan lebih seimbang antara kelab-kelab elit dengan kelab lain yang dianggap lebih kerdil, dengan setiap pasukan dianggap mampu menewaskan satu sama lain.



Meskipun begitu City telah bangkit selepas kekalahan di tangan Leicester itu.



Dan kini, setiap bahagian kesebelasan utama - pertahanan, midfield dan depan - nampak kukuh.



Di benteng pertahanan, gandingan John Stones dan Ruben Dias kini dianggap stabil - ia hanya melepaskan dua gol dalam tempoh 13 perlawanan itu.



Pemain midfield kreatif Kevin De Bruyne juga kini lebih berupaya menguasi perlawanan, merintis bola dengan kemas kepada pemain barisan depan seperti Riyadh Mahrez dan Raheem Sterling.



Namun, pemerhati bola sepak, termasuk bekas pemain United Gary Neville berkata City perlu berwaspada, meskipun form Liverpool tidak konsisten.



Kebangkitan City sejak bulan lalu itu dibantu oleh masalah yang membelenggu Liverpool.



Menurut Neville: "Musim ini juga telah menunjukkan keputusan perlawanan begitu sukar untuk diramalkan. Kadang-kala satu perlawanan mengecewakan boleh mencetuskan siri keputusan teruk yang menjejas kedudukan di tangga liga.



"Sebaliknya, satu keputusan yang baik, sebagaimana yang diraih Liverpool dalam perlawanan dengan Spurs, boleh memberi rangsangan dan membawa mereka kembali ke laluan kejayaan," kata Neville, walaupun beliau akur tidak City terlalu berpengalaman untuk mengambil mudah perlawanan dengan Liverpool ini.



Dalam pada itu, kededua pengurus enggan menambah kepada spekulasi dan desas-desus bahawa perlawanan pada tengah malam nanti boleh diibaratkan sebagai perlawanan penentu yang boleh menentukan kesudahan musim ini.



"Ia sekadar satu perlawanan liga yang perlu dimenangi," kata Klopp.



"Tentu sekali kami mahu menang dalam setiap perlawanan... begitu juga lawan kami. Masih terlalu awal untuk memastikan kesan kesudahan perlawanan ini ke atas kedudukan liga di akhir musim."



Guardiola pula berkata beliau menantikan perlawanan dengan Liverpool dengan penuh ghairah dan menjangka persaingan sengit di Anfield.



"Tiada perlawanan yang mudah dalam liga ini dan perlawanan dengan Liverpool, iaitu juara bertahan pastinya sukar.



"Apa yang boleh saya kawal ialah persiapan saya bagi perlawanan itu, persediaan yang dilalui pemain. Itu sahaja. Perkara lain yang kurang membina harus diketepikan," ujar Guardiola.



Mungkin 'permainan minda' antara kededua pengurus telah bermula.



Beberapa hari lalu, Klopp berkata City boleh 'membawa lari' kejuaraan liga musim ini.



"Mereka berada pada kedudukan baik musim ini... bola sepak yang dipaparkan mereka baik dan pemainnya bersungguh-sungguh.



Guardiola juga telah memuji Liverpool sebagai antara dua pasukan yang terhandal pernah ditemuinya dalam kerjaya sebagai pengurus, bersama pasukan Barcelona yang dipimpin Luis Enrique.



"Setiap perlawanan dengan Liverpool adalah bak satu pertempuran," kata beliau. - Agensi berita.




MANCHESTER CITY, yang masih luka kehilangan takhta kepada Liverpool musim lalu juga perlukan semua tiga mata dalam perlawanan ini.



Tiga mata maksimum yang dirampas daripada antara pesaing EPL musim ini bukan sahaja memberinya kelebihan psikologi, malah memperluas jurang dengan kelab-kelab lain di puncak liga.



Berdasarkan 'form', City yang telah memenangi enam perlawanan berturut-turut sebelum ini, nyata mempunyai kelebihan berbanding Liverpool.



GUARDIOLA: IA BAK SATU PERTEMPURAN



"Tiada perlawanan yang mudah dalam liga ini dan perlawanan dengan Liverpool, iaitu juara bertahan pastinya sukar.

Apa yang boleh saya kawal ialah persiapan saya bagi perlawanan itu, persediaan yang dilalui pemain. Itu sahaja.

...Setiap perlawanan dengan Liverpool adalah bak satu pertempuran."

- Pep Guardiola pengurus Manchester City




LIVERPOOL, selaku juara bertahan, sedang berusaha bangkit dalam musim yang dirobek kecederaan yang menimpa empat pemain pertahanan utama.



Ia telah empat kali tewas dan kini ketinggalan tujuh mata di belakang City, meskipun ia telah beraksi lebih satu perlawanan.



KLOPP: PERSEMBAHAN MAN CITY BAIK 



"Ia sekadar satu perlawanan liga yang perlu dimenangi.

Tentu sekali kami mahu menang dalam setiap perlawanan... begitu juga lawan kami.

...City berada pada kedudukan baik musim ini... bola sepak yang dipaparkan mereka baik dan pemainnya bersungguh-sungguh.

- Jurgen Klopp pengurus Liverpool




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >