Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

London berdebar lagi

Arteta belum mahu menyerah, Mourinho ambil mudah
Mar 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Baru-baru ini, mantan pemain midfield Arsenal, Paul Merson, berkata peluang terbaik bagi pasukan The Gunners itu untuk melayakkan diri untuk Liga Juara-Juara Eropah ialah dengan menjuarai Liga Europa musim ini, yang menjamin kelayakkan ke pertandingan elit kelab-kelab Eropah itu.



Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Artetat, enggan 'menyerah kalah'.



Dengan 12 mata memisahkan kelab London itu dengan tempat ke-empat - kedudukan terakhir bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara - Arteta berkata pasukannya masih lagi mempunyai peluang untuk bersaing.



"Secara matematik, kami masih boleh mengejar pasukan di depan kami...ia sukar, tapi tidak mustahil," ujar pengurus asal Sepanyol itu.



Arsenal kini menduduki tangga ke-10 dengan 38 mata, dengan tangga ke-empat diduduki Chelsea yang memiliki 50 mata.



"Syabas dan saya harap Arsenal berjaya," kata Merson.



"Tapi secara realistik saya rasa lebih baik sekiranya Arsenal memberi tumpuan kepada Liga Europa." tambah beliau.



Meski bersetuju dengan penilaian Merson, bekas pemain Manchester United, Aston Villa dan Coventry City, Dion Dublin, berkata musim ini tidak seperti musim-musim biasa kerana "apa sahaja boleh berlaku".



"Namun, saya rasa apa yang Arteta mahukan sebenarnya ialah konsistensi dari pasukan beliau.



"Tidak mudah untuk menolak butang dan bermain dengan baik dalam Liga Europa dan menekan satu lagi butang untuk bermain dengan cara yang lain dalam Liga Perdana...saya rasa hampir mustahil.



"Itu yang dimahukan Arteta supaya dari sekarang hingga akhir musim, pemainnya menunjukkan persembahan pada tahap tertinggi boleh untuk memungut mata maksimum dalam liga. Selebihnya dengan segala yang berlaku dalam musim ini, siapa tahu, keajaiban mungkin berlaku," tambah beliau.



Untuk mencapai keajaiban itu, Arsenal perlu mengatasi lawannya malam ini (12.30 tengah malam, waktu Singapura) - Tottenham Hotspurs - yang sudah mula menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu, menyusuli tempoh mencabar.



Dublin berkata ia adalah satu perlawanan yang menarik, memandangkan kededua pasukan sering menunjukkan persembahan yang baik apabila bertarung di padang.



"Ini adalah London derby, mempunyai sejarah yang kaya, penyokong tidak mampu pasukan mereka kalah," kata Dublin.



Bagi Dublin, beliau melihat kegagalan anak buah Arteta untuk menunjukkan konsistensi dalam permainan mereka adalah sesuatu yang membimbangkan.



Rekod tiga kalah, dua menang dan satu seri sepanjang Februari dalam pertandingan liga mencerminkan persembahan Arsenal yang sukar mendapatkan rentak yang konsisten.



"Arteta berkata Arsenal adalah satu projek...dan meminta penyokong mempercayai proses. Saya rasa pemain sudah mula memahami corak pemikiran Arteta dan memidahkan falsafahnya ke padang, tapi proses itu kini memerlukan konsistensi yang lebih baik jika Arsenal mahu bersaing untuk kedudukan bagi melayakkan diri untuk pertandingan Eropah musim depan," ujarnya.



Bersetuju, Merson berkata pemain 'senior' Arsenal seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Willian dan Alexandre Lacazette perlu menunjukkan nilai mereka kepada pasukan dan menjadi contoh kepada pemain muda.



Menurut beliau, pasukan Gunners itu mempunyai beberapa pemain muda berbakat seperti Bukayo Saka dan pemain yang dipinjam dari gergasi Sepanyol, Real Madrid, Martin Ødegaard.



"Ini adalah barisan pemain muda berbakat, yang dapat memberi kelebihan kepada Arsenal. Tetapi pemain senior mereka perlu memberikan bimbingan. Inilah masanya untuk mereka buktikan keupayaan mereka dan nilai mereka kepada Arsenal," ujar beliau.



Mengulas perlawanan tersebut, Arteta berkata:



"Kami bersedia. Spurs adalah pasukan yang hebat, memiliki pemain antarabangsa, pengurus yang telah memenangi segalanya. Namun, kami mempunyai kumpulan pemain yang bermotivasi untuk menunjukkan kebolehan kami. Justeru, kami sedar perlawanan ini pasti sukar, tapi kami sudah bersedia untuk cabarannya," ujar beliau.



Sedang Arsenal dirundung masalah konsistensi, Tottenham Hotspurs pula tampak telah berjaya menemuinya.



Anak buah Jose Mourinho itu telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut, sambil menjaringkan sembilan gola, setelah tewas di tangan Manchester City dan West Ham awal bulan lalu.



Yang penting, pemain bintang mereka, Gareth Bale, yang juga dipinjam dari Real Madrid, tampaknya sudah juga menemukan semula ketajaman beliau dengan menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan.



"Saya gembira...tapi tidak mengejutkan," kata Mourinho mengenai Bale.



"Beliau adalah pemain yang baik, mempunyai kebolehan luar biasa. Memang inilah yang seharusnya dipamerkan beliau setiap minggu," tambah beliau.



Bagaimanapun, bekas pengurus Liverpool, Graeme Souness, tetap percaya Bale masih boleh meningkatkan lagi persembahannya.



"Saya tidak yakin beliau bermain pada tahap 100 peratus. Mungkin dalam gear 3, tapi Bale seharusnya bermain pada gear 5 setiap minggu," ujar beliau.



Souness berkata tiada pentas lebih baik bagi Bale menunjukkan kemampuannya yang sebenar daripada perlawanan malam ini, lebih-lebih lagi dengan kedudukan penyerang utama dan kapen, Harry Kane, masih belum pasti dek kecederaan.



Mourinho berkata anak buahnya itu tenang menjelang perlawanan malam ini.



"Ramai yang menganggap ini perlawanan paling besar, dua gergasi London berentap, tapi saya nasihatkan para pemain untuk menganggapnya sebagai satu lagi perlawanan penting kerana dalam Liga Perdana setiap perlawanan itu penting. Kami menghormati Arsenal, tapi ia hanya satu lagi perlawanan penting bagi kami," ujarnya. - Agensi Berita.




ARTETA: KAMI SUDAH SEDIA



"Kami bersedia. Spurs adalah pasukan yang hebat, memiliki pemain antarabangsa, pengurus yang telah memenangi segalanya. Namun, kami mempunyai kumpulan pemain yang bermotivasi untuk menunjukkan kebolehan kami. Justeru, kami sedar perlawanan ini pasti sukar, tapi kami sudah bersedia untuk cabarannya.''
- Mikel Arteta, Pengurus Arsenal



MOURINHO: TAK ADA YANG ISTIMEWA



"Ramai yang menganggap ini perlawanan paling besar, dua gergasi London berentap, tapi saya nasihatkan para pemain untuk menganggapnya sebagai satu lagi perlawanan penting kerana dalam Liga Perdana setiap perlawanan itu penting. Kami menghormati Arsenal, tapi ia hanya satu lagi perlawanan penting bagi kami.''
- Jose Mourinho, Pengurus Spurs




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >