Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man U lanjut kontrak 4 pemain

Dec 22, 2022 | 5:30 AM
MARCUS RASHFORD - Foto-foto AFP, REUTERS
MARCUS RASHFORD - Foto-foto AFP, REUTERS -

LONDON: Manchester United telah melaksanakan proses melanjutkan kontrak selama setahun bagi empat pemain kesebelasan utama, termasuk pemain England, Marcus Rashford.

Tiga pemain lain ialah Luke Shaw, Diogo Dalot dari Portugal dan Fred dari Brazil.

Kesemua pemain itu mempunyai kontrak yang memberikan pilihan kepada United untuk melanjutkan kontrak mereka dengan kelab itu selama setahun.

Difahami United juga sedang mengadakan rundingan dengan penjaga gawang, David de Gea, yang kontraknya dengan United luput di akhir musim.

Minggu lalu, pengurus United, Erik ten Hag berkata United akan melanjutkan kontrak Rashford, Shaw, Dalot dan Fred.

Jika kontrak empat pemain ini tidak dilanjutkan, mereka boleh meninggalkan Old Trafford sebagai ejen bebas pada Jun depan.

Namun, kes De Gea berlainan sedikit.

Jika United melanjutkan kontraknya setahun, United perlu membayarnya gaji £375,000 ($617,000) seminggu - yang ditetapkan pada 2019, kali terakhir De Gear melanjutkan kontrak dengan United.

Namun, United kini difahami sedang berunding dengan pemain berusia 32 tahun itu untuk mengurangkan tempoh kontrak dan gaji yang dijanjikan.

Jika gagal mencapai persetujuan, De Gea bebas mengikat kontrak awal dengan kelab di luar negeri pada 1 Januari nanti. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg