Topik diikuti
Pergi ke BHkuMane cedera semasa wakili negara
Mane cedera semasa wakili negara
Mane cedera semasa wakili negara
TANDA TANYA: Penyokong Liverpool prihatin prestasi Liverpool akan terjejas jika Mane, yang telah menjaringkan empat gol setakat ini, tidak dapat beraksi hujung minggu ini. - Foto AFP -
Oct 19, 2018 | 5:30 AM
LONDON: Minggu perlawanan antarabangsa tidak berakhir dengan baik bagi Liverpool selepas pemainnya, Sadio Mane, terpaksa menjalani pembedahan tangan - antara sekumpulan pemain tunggak yang mengalami kecederaan semasa mewakili negara masing-masing.
Mane, 26 tahun, mengalami kecederaan itu semasa berlatih dengan pasukan nasional Senegal pada awal minggu, dan penglibatannya dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) dengan Huddersfield esok kini menjadi tanda tanya.
