Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Apa dah jadi Liverpool?

Kalah kali kedua berturut-turut di kubu sendiri
Feb 05, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata pasukannya tidak cukup segar dari segi mental dan fizikal selepas ia tewas buat kali kedua berturut-turut di Anfield semalam.



Brighton Hove & Albion menang mengejut 1-0 ke atas juara bertahan Liga Perdana England (EPL) itu, dengan Steven Alzate menjaringkan gol tunggal perlawanan.



Kekalahan itu memperluas jurang antara Liverpool dengan Manchester City kepada tujuh mata dengan pendahulu EPL itu beraksi kurang satu perlawanan.



"Dua minggu ini begitu sukar... kami berdepan dengan dua perlawanan di padang sendiri dan pasukan yang kami tandingi handal dan komited," kata Klopp.



"Kami kelihatan seperti benar-benar kurang segar dari segi mental dan fizikal.



"Ada banyak insiden dalam perlawanan di mana kami membiarkan bola melantun keluar atau hantaran tidak menjadi. Kami bak memberikan perlawanan yang mudah kepada Brighton...tetapi Brighton beraksi begitu baik.



"Brighton wajar menang... saya yakin. Bagi diri kami pula, kami perlu mencari jawapan bagi banyak persoalan yang timbul malam ini. Persembahan kami tidak menyakinkan," ujar Klopp.



Kemenangan bagi Brighton itu membolehkannya mendaki ke tangga ke-15 liga, 10 mata di atas posisi bahaya tersingkir ke divisyen bawah pada musim depan.



Sebaliknya, keputusan itu membuatkan Liverpool kekal di tangga keempat liga, di belakang kededua kelab dari Manchester dan Leicester di tangga ketiga.



Leicester turut menang, menewaskan Fulham 0-2 di tempat lawan, sementara Everton, yang menang 1-2 ke atas Leeds melonjak ke tangga keenam, hanya empat mata di belakang Liverpool.



Gol-gol oleh Gylfi Sigurdsson dan Dominic Calvert-Lewin menjamin kemenangan bagi Everton, sementara Leeds, yang pernah mendahului liga di awal musim kini tercicir ke tangga ke-11.



Dalam pada itu, persaingan untuk mengelak tercicir ke divisyen lebih rendah kian sengit.



Burnley tercicir ke tangga ke-17 selepas tewas kepada City, walaupun ia masih mempunyai kelebihan lapan mata ke atas pasukandi tangga ke-18 iaitu Fulham.



West Bromwich dan Sheffield United kekal di kaki liga, dengan masing-masing hanya mempunyai 12 dan 11 mata. - Agensi berita.




MENGAPA LIVERPOOL KECUNDANG 



"Dua minggu ini begitu sukar... kami berdepan dengan dua perlawanan di padang sendiri dan pasukan yang kami tandingi handal dan komited.

Kami kelihatan seperti benar-benar kurang segar dari segi mental dan fizikal''.

- Jurgen Klopp Pengurus Liverpool, mengulas kekalahan juara bertahan Liverpool 0-1 di tangan Brighton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >