BRUSSELS (Belgium): Pemain serangan Manchester United, Romelu Lukaku, menyertai latihan di kelab pertamanya Anderlecht di Belgium, dengan desas-desus beliau akan meninggalkan Old Trafford terus membayanginya.

Lukaku, yang menyarung jersi nasional Belgium, langsung tidak turun padang sepanjang kempen pramusim United.