Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentuhan Ten Hag mula gilap Man U

Oct 30, 2022 | 5:30 AM
Pengurus Man U, Erik ten Hag.
Pengurus Man U, Erik ten Hag. -

MANCHESTER: Adakah Manchester United berpeluang merebut gelaran juara Liga Perdana England (EPL)?

Jawapannya mungkin tidak.

Namun tampak kemajuan sedang dicapai dalam pasukan pimpinan Erik ten Hag.

Empat bulan pertama di bawah kepimpinannya persembahan United agak kurang menyerlah.

Namun visi pengurus asal Belanda itu nampak lebih positif sejak kebelakangan ini.

Enam kemenangan dan satu kekalahan dalam sembilan perlawanan EPL telah membawa United ke tempat keenam liga tersebut sejauh ini.

Meskipun di tangga keenam dan lapan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, selepas hanya 11 permainan, prestasi 'The Red Devils' sebenarnya memberangsangkan.

Sebabnya United telah pun bertembung dengan sembilan daripada 11 pasukan teratas EPL sejauh ini.

United dijangka meneruskan rentak persembahan baik mereka semasa menentang West Ham pada awal pagi Isnin ini.

Apatah lagi pemain lagenda mereka, Cristiano Ronaldo, telah pun kembali berlatih dengan pasukan itu selepas salah faham dengan Erik ten Hag.

Ronaldo, 37 tahun, telah diketepikan pengurus pasukan menyusuli tindakannya meninggalkan bangku simpanan sejurus sebelum perlawanan pasukannya menentang Tottenham berakhir.

Akibatnya beliau diketepikan oleh pengurus pasukannya semasa United seri 1-1 dengan Chelsea dalam perlawanan berikutnya.

Ditanya tentang tujuannya bertindak mengenepikan Ronaldo daripada pasukan itu semasa pertemuan dengan Chelsea, Erik ten Hag berkata:

"Saya fikir ini akan memberinya masa untuk mengimbas semula - buat dirinya.

"Saya telah pun berikan amaran di permulaan musim ini, dan pada masa akan datang ia akan memberi kesan.

"Sebagai sebuah pasukan bola sepak, kita perlu bermain sebagai satu, dan memenuhi satu standard. Dan saya selaku pengurus perlu mengawalnya."

Difahamkan perbincangan antara pemain itu dengan kelab tersebut berjalan dengan baik apabila beliau dilihat berlatih bersama pasukan tersebut sebagai persiapan pertemuan United dengan Sheriff dalam Liga Europa. - Agensi berita

RONALDO DIKETEPIKAN "Saya fikir ini akan memberinya (Ronaldo) masa untuk mengimbas semula - buat dirinya. Saya telah pun berikan amaran di permulaan musim ini, dan pada masa akan datang ia akan memberi kesan. Sebagai sebuah pasukan bola sepak, kita perlu bermain sebagai satu, dan memenuhi satu standard. Dan saya selaku pengurus perlu mengawalnya." - Pengurus Man U, Erik ten Hag.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg