Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ten Hag perlu tepis cabaran pramusim dulu

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United mulakan usaha terbaru untuk bangkit semula Isnin lalu apabila pemain yang tidak beraksi di peringkat antarabangsa kembali untuk mulakan latihan pramusim dan sekali gus peranan jurulatih Erik ten Hag di kelab itu disepak mula.



Bekas jurulatih Ajax itu telah menyahut cabaran menjadi pengurus tetap kelima yang cuba memulihkan United seperti ketika era Sir Alex Ferguson.



Tetapi sudah ada rasa gentar di kalangan peminat. Pemain telah pergi atau akan pergi dan setakat ini walaupun beberapa bidaan dan minat telah dibuat, tiada pembelian dibuat bagi menggantikan mereka, manakala saingan Manchester City dan Liverpool pula semakin perkasa.



Rasa tidak puas hati terhadap keluarga Glazer yang memiliki United juga semakin meningkat.



Ia bukanlah latar belakang yang ideal untuk Ten Hag memulakan tugasnya itu, yang akan membawanya ke Thailand pada 12 Julai untuk bersaing dengan Liverpool.



United seterusnya akan ke Australia dan Oslo sebelum kempen Liga Perdana bermula menentang Brighton di Old Trafford pada 7 Ogos.



Musim lalu adalah antara yang terburuk bagi United apabila menduduki tempat keenam dan kemarau kelab itu tanpa trofi berlanjutan ke lima musim setakat ini.



Skuad itu juga berpecah kepada kumpulan (clique) selepas perselisihan mengenai jawatan kapten, dengan Cristiano Ronaldo sebagai punca, yang menyebabkan Harry Maguire tidak berpuas hati.



Ketibaan Ralf Rangnick yang dianggap boleh membangkitkan United gagal mencapai matlamat hingga hubungan jurulatih asal Jerman itu dengan orang yang melantiknya iaitu pengarah bola sepak, John Murtough, kian memburuk.



Rangnick juga tidak merasakan bahawa beliau mendapat sokongan yang diperlukan dan terlalu ramai pemain gagal memaparkan prestasi mereka yang sebenar.



Pandangan terus terang Rangick, seperti mendedahkan bahawa kelab itu pelu menjalani "pembedahan besar-besaran" (melakukan sesuatu yang genting untuk mengubah prestasi), dalam sidang media mungkin mendapat sambutan baik dengan kehadiran media dan peminat tetapi Murtough tidak merasakan ia sesuatu yang sesuai untuk dibincangkan secara terbuka. Murtough juga bimbang tiada usaha dilakukan untuk melindungi reputasi kelab itu.



Kekalahan 0-4 dalam perlawanan kedua terakhir United di Brighton amat memalukan. Sekurang-kurangnya ramai menjangka tindak balas dalam pertemuan hari terakhir di Crystal Palace memandangkan Ten Hag adalah salah seoerang penonton. Namun, United kalah juga.



Para pemain yang sudah pun dikenali dan bakal Ten Hag temui di kompleks latihan United Carrington itu sudah pasti perlu berusaha lebih keras lagi.



Terutama sekali penyerang Marcus Rashford, di mana prestasi keseluruhannya telah menjunam sama seperti kelab itu.



Beberapa video dan gambar telah disiarkan di media sosial menunjukkan Rashford melakukan beberapa latihan yang cukup sengit semasa lawatan ke Kampus Nike di Portland.



Ini adalah petanda positif bagi pemain yang telah membuat penampilan lebih 300 kali untuk United, menjaringkan 93 gol, dan mewakili England 46 kali walaupun usianya belum cecah 25 tahun.



Manchester United melihatnya sebagai sebahagian daripada faktor dalam usaha kebangkitan mereka tetapi jelas bahawa beliau mesti melakukan lebih banyak lagi untuk menarik perhatian Ten Hag.



Rashford tidak bersendirian. Terdapat senarai panjang pemain United yang perlu menghasilkan persembahan untuk memulihkan reputasi mereka.



Jadon Sancho dan Raphael Varane kurang menonjol dalam kempen sulung mereka musim lalu.



Begitu juga Donny van de Beek, Aaron Wan-Bissaka, Scott McTominay dan Fred juga perlu buktikan kemampuan mereka.



Dalam sidang media pertamanya bersama United, Ten Hag berkata beliau yakin beliau boleh mendapatkan lebih daripada apa yang pemain United paparkan musim lalu.



Yang pasti Ten Hag amat memerlukannya. - Agensi berita




RASHFORD MASIH DIYAKINI 



Beberapa video dan gambar telah disiarkan di media sosial menunjukkan Rashford melakukan beberapa latihan yang cukup sengit semasa lawatan ke Kampus Nike di Portland.



Ini adalah petanda positif bagi pemain tersebut.



Manchester United melihatnya sebagai sebahagian daripada faktor dalam usaha kebangkitan mereka tetapi jelas bahawa Rashford mesti melakukan lebih banyak lagi untuk menarik perhatian Ten Hag.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >