Premium
Rooney tidak dilarang jika mahu pindah ke China
Jan 24, 2017 | 5:30 AM
PECAH REKOD: Wayne Rooney memecah rekod sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah Manchester United, hujung minggu lalu. Masa depannya menjadi bahan andaian dengan ada kelab China dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya. Sementara itu, Jose Mourinho (gambar sisipan) berkata beliau tidak berniat melarang kapten United itu jika pemain itu ingin berpindah ke China. - Foto-foto REUTERS -
MANCHESTER: Wayne Rooney tidak akan dilarang oleh Jose Mourinho jika kapten Manchester United itu mengambil keputusan berpindah ke China.
Sabtu lalu, Rooney mencatat rekod sebagai penjaring gol terbanyak bagi United, apabila beliau menjaringkan gol menerusi tendangan percuma bagi membantu United mengikat Stoke City 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana England.

