Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Saingan terbuka luas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Saingan terbuka luas

Pendahulu liga Liverpool kalah mengejut 0-1 di Southampton
Jan 06, 2021 | 05:30 AM

SOUTHAMPTON: Persaingan bagi mahkota Liga Perdana England (EPL) musim ini kini terbuka luas selepas juara bertahan Liverpool tewas kepada Southampton malam tadi.

Liverpool yang beraksi dengan barisan depan menampilkan kapten Jordan Henderson, tewas 0-1 di tempat lawan.

Meskipun kekal di puncak liga, Manchester United dan Manchester City, yang masing-masing mempunyai perlawanan dalam tangan, boleh melompat mengatasinya jika mereka mememenangi perlawanan tersebut.

Ini bermakna, perlawanan antara musuh lama Liverpool dengan United di Anfield pada 17 Januari boleh menentukan pendahulu liga di separuh kedua musim ini.

Malah, hanya empat mata memisahkan Liverpool di puncak liga dengan Everton di tangga ketujuh; dan ia juga hanya mempunyai lebihan 10 mata ke atas Leeds, yang berada di tangga ke-12.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan berakhir, pengurus Liverpool Juergen Klopp berkata Southampton wajar memenangi perlawanan dan pemain Liverpool perlu menunjukkan mereka mampu bangkit.

"Apa yang paling mengecewakan mengenai persembahan kami adalah kami mempunyai banyak masa untuk menyamakan kedudukan tetapi gagal berbuat demikian.

"Southampton wajar menang, tahniah kepada mereka," kata Klopp, yang sebelum perlawanan berkata beliau patut dipersalahkan jika percubaannya untuk menurunkan Henderson dengan Fabinho di tengah-tengah pertahanan membawa padah.

Pemain pertahanan tengah utama Virgil van Dijk dan Joe Gomez masing-masing sedang menanggung masalah kecederaan jangka panjang.

Sesungguhnya, kombinasi pemain itu membawa padah seawal minit kedua, meskipun pesalah ketara ialah pemain bek Trent Alexander-Arnold, yang gagal menanduk bola keluar dari petak penalti, membenarkan Danny Ings - bekas pemain Liverpool - melambung bola melepasi Alisson Becker ke dalam penjuru kanan gawang Liverpool.

Meskipun begitu, Klopp berasa pasukannya tidak bernasib baik apabila pengadil tidak memberikan penalti selepas Sadio Mane -pemain Liverpool paling 'rancak' mengatur serangan - dikasari dalam petak penalti.

Penyerang lain seperti Firminho dan Mohamed Salah gagal menguji penjaga gawang Southampton Fraser Forster yang hanya beraksi kerana penjaga gawang pilihan pertama Alex McCarthy tidak beraksi kerana diuji positif bagi Covid-19.

Malah Liverpool, meskipun menguasai 67 peratus perlawanan, tidak berjaya merintis peluang yang mengena sasaran sehingga minit ke-75 - paling lewat ia berbuat demikian sejak bertarung dengan Newcastle pada Disember 2015.

Pengurus Southampton Ralph Hasenhuttl, yang berlutut sambil menangis selepas wisel penamat berkata beliau hanya yakin pasukannya boleh memenangi perlawanan itu pada minit kedua masa kecederaan.

Pengadil telah memberikan masa kecederaan tiga minit bagi perlawanan itu.

"Permainan ini begitu memberi tekanan... suara saya hampir hilang. Pemain saya begitu penat tetapi memang kita perlu berhempas-pulas untuk menewasskan pasukan hebat seperti Liverpool.

"Mujurlah, pada akhirnya, pemain kami yakin dengan keupayaan sendiri," kata Hasenhuttl, yang pasukannya kini mendaki ke tangga keenam selepas kemenangan pertama dalam lima perlawanan ini. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3