Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

'Saya mahu bawa senyuman kepada penyokong Spurs'

Pengurus baru Jose Mourinho janji beri komitmen tinggi kepada kelab
Nov 22, 2019 | 05:30 AM



LONDON: Ketua jurulatih baru Tottenham Hotspur, Jose Mourinho, menjanjikan komitmen yang tinggi sekembalinya beliau kepada pengurusan kelab sambil menyatakan bahawa keutamaannya adalah membawa senyuman di wajah penyokong kelab itu.



Spurs, yang kini berada di kedudukan ke-14 Liga Perdana England (EPL) selepas permulaan hambar awal musim ini, telah memecat Mauricio Pochettino Selasa lalu sebelum mengalihkan tanggungjawab itu kepada Mourinho bagi mengubah nasib pasukan handalan itu.



"Apa yang boleh saya janji?



"Minat - bagi tugas saya, tapi juga minat terhadap kelab saya... saya tidak dapat berasa lebih gembira dan sekiranya saya tidak gembira, saya tidak akan berada di sini," kata Mourinho dalam temu ramah pertamanya kepada laman kelab tersebut.



"Berkaitan dengan Liga Perdana, kami tahu di mana kedudukan kami dan kami tahu yang kami tidak sepatutnya berada di situ.



"Kami perlu terus bermain perlawanan demi perlawanan.



"Kami ingin memenangi perlawanan selanjutnya dan begitu juga dalam perlawanan selanjutnya, sehingga akhir.



"Di akhir musim ini, kami akan lihat di mana kedudukan kami tapi saya tahu kami akan berada di kedudukan yang berbeza berbanding sekarang... saya memandang ke hadapan akan semua cabaran, kepada tanggungjawab membawa keceriaan kepada semua yang sayangkan kelab ini."



Bekas pengurus Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United itu berkata beliau amat berpuas hati dengan pemain Tottenham semasa sesi latihan pertama mereka, kelmarin.



Mourinho kini mengambil alih pasukan dengan skuad sama - yang menduduki empat tempat teratas Liga Perdana sepanjang empat musim.



Tottenham juga merupakan pasukan kedua terbaik dalam Liga Juara-Juara musim lalu.



"Saya selalu beritahu tentang potensi sesebuah kelab itu.



"Saya sering beritahu akan kualiti pemain.



"Saya selalu beritahu akan tugas hebat yang dilakukan sesebuah kelab," kata Mourinho.



"Saya memang gemarkan skuad ini dan meninjau pemain muda merupakan sesuatu yang diingini setiap pengurus di dunia.



"Kami ingin membentuk pemain muda," tambahnya.



Namun beliau akur bahawa masalah yang biasa dialami kelab-kelab bola sepak ialah kegagalan menghasilkan pemain muda.



"Masalah yang kerap dilihat ialah kerja yang dilakukan kelab-kelab kini ialah mereka tidak hasilkan pemain - berdasarkan sejarah.



"Akademi di sini sentiasa hasilkan bakat yang diperlukan sebuah pasukan utama."



Tottenham akan bertandang ke West Ham United yang kini di tangga ke-16 esok. - Reuters.




"Berkaitan dengan Liga Perdana, kami tahu di mana kedudukan kami dan kami tahu yang kami tidak sepatutnya berada di situ.

Kami perlu terus bermain perlawanan demi perlawanan...

Di akhir musim ini, kami akan lihat di mana kedudukan kami tapi saya tahu kami akan berada di kedudukan yang berbeza berbanding sekarang..."

- Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >