Spurs: 4 teratas kian sukar - Liverpool: Kini cecah No 3

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spurs: 4 teratas kian sukar - Liverpool: Kini cecah No 3

Brighton menang di kubu sendiri sejak Jun tahun lalu, Salah akhiri kemarau gol
Feb 2, 2021 | 5:30 AM

Spurs: 4 teratas kian sukar - Liverpool: Kini cecah No 3

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ANTARA YANG MENANG DAN YANG KALAH: Pemain midfield Brighton, Yves Bissouma (kanan) dan rakan sepasukan Pascal Gross berdakap gembira sebaik tamat perlawanan menentang Tottenham Hotspur di Stadium Amex awal pagi tadi. Brighton menang 1-0. Seorang pemain Spurs tunduk kecewa. - Foto-foto AFP
ANTARA YANG MENANG DAN YANG KALAH: Pemain midfield Brighton, Yves Bissouma (kanan) dan rakan sepasukan Pascal Gross berdakap gembira sebaik tamat perlawanan menentang Tottenham Hotspur di Stadium Amex awal pagi tadi. Brighton menang 1-0. Seorang pemain Spurs tunduk kecewa. - Foto-foto AFP -

BRIGHTON: Pengurus Brighton, Graham Potter, berkata pasukannya telah mempamerkan persembahan terbaik mereka dalam masa dua tahun selepas berjaya menundukkan Tottenham Hotspurs 1-0 awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut meletakkan mereka tujuh mata tujuh di atas tiga pasukan tercorot dalam saingan Liga Perdana England (EPL).

Leandro Trossard menemui sasaran pada minit ke-17 dalam perlawanan di Stadium Amex dan mempertahankan kedudukan tersebut hingga ke wisel penamat, sekali gus memastikan kemenangan pertama mereka di padang sendiri sejak Jun tahun lalu.

"Ia merupakan persembahan terbaik kami musim ini dan juga musim lalu," kata Potter kepada BBC Sport.

"Dari awal ke akhir kami lakukan apa yang perlu, mencipta beberapa peluang, menjaring gol yang baik serta menunjukkan sikap yang baik dalam padang menentang pesaing yang hebat."

Pengurus Spurs, Jose Mourinho pula akur bahawa pasukannya, yang kini menduduki tangga keenam liga kurang bertenaga.

Spurs yang cuba bangkit daripada kekalahan di tangan Liverpool Khamis lalu, kini mendapati keputusan itu menyukarkan usaha mereka untuk kembali memburu tempat dalam kelompok empat teratas EPL.

Memburukkan keadaan lagi, Spurs yang hanya mampu mengumpul dua kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir liga, kehilangan penyerang utama, Harry Kane akibat kecederaan.

Dalam perlawanan lain, Jurgen Klopp menyifatkan Mohamed Salah sebagai pemain 'luar biasa' selepas bintang Mesir itu menamatkan kemarau jaringan pasukan itu dalam aksi liga dengan menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan West Ham 3-1.

Salah, yang sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan liga, menamatkan kemarau itu pada minit ke-57. Jaringan tersebut juga merupakan gol pertamanya sejak Disember lalu.

Bintang berusia 28 tahun itu menambah satu lagi gol untuk memastikan Liverpool meraih kemenangan kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Spurs minggu lalu.

Georginio Wijnaldum menambah memastikan kemenangan Liverpool sebelum Craig Dawson menjaringkan gol saguhati untuk West Ham pada minit ke-87.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool naik ke tangga ketiga liga dengan empat mata memisahkan mereka dengan pendahulu liga, Manchester City, yang masih mempunyai kelebihan satu perlawanan. - AFP, Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg