Topik diikuti
Pergi ke BHkuHougang tamatkan kontrak penyerang asal Brazil kerana sertai kelab Mexico tanpa kebenaran
Hougang tamatkan kontrak penyerang asal Brazil kerana sertai kelab Mexico tanpa kebenaran
Hougang tamatkan kontrak penyerang asal Brazil kerana sertai kelab Mexico tanpa kebenaran
TINGGALKAN HOUGANG: Ramazotti semasa beraksi untuk Brunei DPMM pada 2016 menentang Geylang International. Pemain itu telah meninggalkan kelab barunya Hougang United untuk menyertai kelab Mexico FC Juarez tanpa membayar pampasan. - Foto fail -
Feb 1, 2019 | 5:30 AM
KELAB Liga Perdana Singapura (SPL), Hougang United, terpaksa menamatkan kontrak penyerang asal Brazil, Rafael Ramazotti, secara serta merta setelah pemain tersebut diumumkan sebagai pemain baru pasukan FC Juarez dari Mexico baru-baru ini.
Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelab tersebut dalam satu pos Facebook mereka malam kelmarin.
