Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Lestienne tetap tangkas di depan gol

Tidak jejas semangat meski gagal dinobat Pemain Terbaik SPL musim lalu
Apr 12, 2023 | 05:31 AM



MAXIME Lestienne pulang dengan putih mata' dari majlis anugerah tahunan Liga Perdana Singapura (SPL) pada tahun lalu kerana tidak memenangi anugerah Pemain Terbaik.



Namun, pemain Lion City Sailors itu tidak menunjukkan rasa kecewa apabila anugerah diberikan kepada Kodai Tanaka dari Albirex Niigata, yang kini menjad rakan sepasukannya.



Sebaliknya, Lestienne, yang merintis 23 peluang gol atau assist bagi pasukannya pada musim lalu - jumlah tertinggi dalam liga - memilih untuk menumpukan tenaganya untuk menyahut cabaran baru pada musim ini.



Dan beliau telah meneruskan momentum dan prestasi cemerlang di padang pada 2023.



Di Stadium Jalan Besar pada Isnin lalu, Lestienne sekali lagi beraksi cemerlang apabila beliau dua kali menemui sasaran dan menghasilkan dua 'assist' untuk membantu Sailors menang besar 5-0 ke atas Hougang United.



Pemain sayap Belgium berusia 30 tahun itu berkata: "Saya tidak bermain untuk meraih pujian peribadi, saya bermain untuk memenangi liga bersama pasukan, dan itulah objektif sama yang saya ada untuk 2023.



"Saya sangat selesa di sini - dengan pasukan, dengan kakitangan, dengan kelab. Saya cuba melakukan yang terbaik saya setiap hari.



"Keluarga saya juga sangat gembira di sini, dan itulah salah satu perkara yang paling penting untuk saya - dan apabila mereka gembira, saya boleh menjadi gembira dan beraksi dengan baik di atas padang.



"Saya tidak kisah jika saya tidak menjaringkan gol - jika saya jaringkan gol itu adalah bonus - tetapi perkara paling penting untuk saya adalah kami menang perlawanan dan mendapat tiga mata setiap kali kami bermain."



Dalam tujuh perlawanan kempen ini, beliau telah merintis lapan gol dan menjaringkan lima gol untuk memastikan Sailors tidak terlalu merasi ketiadaan Tanaka, yang terlepas beraksi sepanjang musim akibat kecederaan lutut.



Hougang, yang memulakan perlawanan berikutan lima kekalahan berturut-turut, hilang segala harapan untuk mengubah nasib mereka dalam tempoh enam minit pertama perlawanan.



Kristijan Krajcek melakukan kekasaran kira-kira 20 meter dari gawang dan Lestienne menghukum warga Croatia itu apabila beliau membuat sepakan percuma yang tidak dapat dihalang untuk mendahului kedudukan 1-0.



Pada minit ke-44, Lestienne memecut di sayap kanan melepasi bek kiri Hougang Jordan Vestering sebelum menghantar bola 'cut back' bagi Abdul Rasaq merembat masuk gol.



Rasaq kemudian mendapat gol keduanya dalam perlawanan dan kelimanya musim ini pada minit ke-72 setelah diumpan pemain pengganti Hami Syahin, sebelum dikeluarkan untuk memberi laluan kepada pemain baru Sailors Bernie Ibini empat minit kemudian.



Pada minit ke-88, Sailors menambah gol keempat apabila pengatur serangan asal Brazil Diego Lopes bertukar hantaran bersama Lestienne sebelum beliau membolosi gawang Zaiful Nizam.



Lestienne kemudian meledakkan gol keduanya pada masa kecederaan dengan penyudah kemas dari dalam kotak penalti.



Kemenangan itu memberikan Sailors 15 mata selepas tujuh perlawanan dan menduduki tangga ketiga dalam SPL seramai sembilan pasukan.



Hougang pula terjerumus ke kaki liga, sama mata dengan Young Lions, tetapi menjaringkan kurang satu gol.



Dalam perlawanan lain, Albirex menewaskan Tanjong Pagar 2-0 untuk mendahului liga dengan 18 mata, dua mata di atas Tampines Rovers di tangga kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >