Premium
Hougang buru tangga lebih tinggi
Home ingin tebus kecewa, Tampines tekad kekal bersaing di puncak
Apr 29, 2016 | 5:30 AM

TERBANG TINGGI: Persembahan Hougang musim ini di luar dugaan dan ia boleh terus mendaki liga jika menewaskan Home malam ini. - Foto HAIQAL TAHIR -
HOUGANG United menyambung semula musim yang bermula lebih baik daripada jangkaan apabila ia berentap dengan Home United di Stadium Jalan Besar malam ini.
Hougang, yang bangkit daripada kaki liga pada akhir musim lalu ke tangga ketiga di akhir pusingan pertama awal bulan ini, boleh melompat ke tangga kedua jika Tampines tewas kepada Warriors FC esok.

