Liga S: Home dan Tampines menang
Apr 4, 2016 | 8:21 AM
Pemain Balestier Khalsa, Smajovic Sadin (No. 27), melakukan serangan terhadap Home United dalam perlawanan bola sepak Liga-S di Stadium Toa Payoh pada Ahad, 3 Apr, malam. . - THE STRAITS TIMES
GOL tendangan penalti Ken Ilso, gol ketiganya musim ini, memberi Home United kemenangan 1-0 ke atas Balestier Khalsa dalam perlawanan Liga-S di Stadium Toa Payoh pada Ahad (3 Apr) malam.
Home kini berada di tempat kelima, sementara Balestier kedua dari bawah.
Di Jalan Besar, Tampines Rovers naik ke tempat kedua liga dengan 11 mata di belakang Albirex Niigata melalui perbezaan gol, selepas mengalahkan Garena Young Lions 2-1.
Shakir Hamzah dan Christopher van Huizen meletak Tampines di depan, sebelum Fareez Farhan merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti.

