Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER EROPAH (ESL)

Man U, Liverpool: Kami tersilap... maafkan kami

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengerusi bersama Manchester United Joel Glazer berkata kelab itu memohon maaf keseluruhannya kerana menyebabkan ketegangan dengan usulan mengadakan Liga Super Eropah (ESL).



Glazer berkata demikian selepas pemilik Liverpool John W Henry memohon maaf kepada penyokong kelab itu bagi tindakan yang sama.



United, Liverpool dan empat lagi kelab Liga Perdana England (EPL) menarik dari dari ESL selang dua hari ia diumumkan dan mengundang kritikan lantang penyokong mereka.



"Kami gagal menghormati tradisi yang mendalam," kata Glazer, dalam surat terbuka kepada penyokong.



Glazer, 50 tahun, berkata usaha penganjur ESL untuk menjadikan sukan itu lebih stabil tidak mengambil kira ekosistem bola sepak lebih meluas.



"Kami mohon maaf," kata beliau.



"Kami adalah kelab bola sepak terbaik di dunia dan kami memohon maaf keseluruhannya kerana menyebabkan ketegangan sejak beberapa hari lalu.



Menambah, Glazer berkata United akan berusaha memulihkan hubungan dengan pihak lain dan untuk bekerjasama menghadapi cabaran jangka panjang ekosistem bola sepak.



Duke Cambridge, yang juga presiden Persatuan Bola Sepak (FA) England berkata beliau senang hati kerana tentangan peminat bola sepak terhadap ESL telah didengar.



Awal dari itu, Henry telah memohon maaf kepada peminat Liverpool dan berkata hanya beliau seorang yang patut dipertanggungjawabkan bagi masalah tersebut.



"Saya telah mengecewakan anda dengan projek itu," kata Henry.



"Projek itu tidak akan berjaya tanpa sokongan peminat dan dalam tempoh 48 jam ini, kami dengar hujah anda dan kami faham apa yang anda katakan."



Ketua Eksekutif Manchester City Ferran Soriano - satu lagi kelab yang terlibat dalam ESL - juga memohon maaf melalui e-mel kepada penyokong kelab itu.



"Kami gagal mengingatkan diri kami sendiri mengenai hubungan yang tidak boleh diputuskan antara penyokong dan hak untuk mempunyai peluang meraih kejayaan.



"Itu adalah satu yang benar ... lembaga amat menyesali perbuatan yang tidak mengambil kira nilai-nilai murni sejarah kelab ini," kata Soriano



"Kami telah silap langkah." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >