Lima kelab Liga Perdana England antara disiasat dalam skandal penderaan seks - polis
Premium
Lima kelab Liga Perdana England antara disiasat dalam skandal penderaan seks - polis
Feb 1, 2017 | 5:30 AM
BERI SOKONGAN: Bekas pemain bola sepak Andy Woodward (kanan) memberikan kata-kata perangsang kepada rakan seperjuangan Steve Walters di pelancaran The Offside Trust, kumpulan bebas yang telah ditubuhkan untuk menyokong pemain dan keluarga mereka yang telah mengalami penderaan seksual. - Foto REUTERS -
LONDON: Lima kelab bola sepak Liga Perdana England dan tiga kelab bola sepak Kejuaraan (peringkat Kedua) kini antara yang sedang disiasat berhubung dakwaan penderaan seks kanak-kanak bersejarah yang meluas dalam sukan tersebut seawal 1970-an, kata polis Britain kelmarin.
Polis Metropolitan telah melancarkan penyiasatan berhubung dakwaan di kelab bola sepak di London dan berkata pihaknya telah menerima 255 laporan pendakwaan penderaan seksual secara berasingan di 77 kelab atau pasukan yang telah dinamakan.

