Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lima wajah baru dalam skuad S’pura

Jun 15, 2023 | 5:30 AM
TANGKAS DI UDARA: Penjaga gawang Balestier Central Hairul Syirhan menumbuk bola dalam perlawanan Liga Perdana Singapura menentang  Albirex Niigata pada musim lalu.
TANGKAS DI UDARA: Penjaga gawang Balestier Central Hairul Syirhan menumbuk bola dalam perlawanan Liga Perdana Singapura menentang Albirex Niigata pada musim lalu. - Foto fail
BERPOTENSI: Fathullah Rahmat daripada Tanjong Pagar United pernah berlatih bersama pasukan belia Liga Korea seperti Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings serta skuad utama Cheonan City.
BERPOTENSI: Fathullah Rahmat daripada Tanjong Pagar United pernah berlatih bersama pasukan belia Liga Korea seperti Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings serta skuad utama Cheonan City. - Foto fail
PEMAIN LASAK: Naqiuddin Eunos (jersi biru) menggelecek bola bagi Tanjong Pagar United dalam perlawanan Liga Perdana Singapura di Stadium menentang Hougang pada April.
PEMAIN LASAK: Naqiuddin Eunos (jersi biru) menggelecek bola bagi Tanjong Pagar United dalam perlawanan Liga Perdana Singapura di Stadium menentang Hougang pada April. - Foto fail
PEMIMPIN DI PADANG: Kapten Young Lions Harhys Stewart menjadi kapten pasukan Singapura di Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.
PEMIMPIN DI PADANG: Kapten Young Lions Harhys Stewart menjadi kapten pasukan Singapura di Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini. - Foto ST

Lima wajah baru telah disertakan dalam skuad bola sepak nasional Singapura yang akan bertemu Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon di Stadium Negara Jun ini.

Mereka ialah penjaga gawang Balestier Khalsa Hairul Syirhan, pemain pertahanan Hougang Jordan Vestering, pemain midfield Tanjong Pagar United Fathullah Rahmat dan Naqiuddin Eunos, serta kapten Young Lions Harhys Stewart.

Vestering, yang beraksi di bek kiri dan menarik perhatian dalam lapan perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini, berkata beliau berasa “diberi penghormatan besar dan berterima kasih” diberi peluang berlatih dan beraksi bersama pasukan nasional Singapura.

Pemain berusia 22 tahun itu pernah mewakili Singapura pada peringkat belia dan berkata beliau tidak akan mensesiakan peluang ini.

Dalam pada itu, jurulatih nasional Takayuki Nishigaya berkata semua pemain baru yang dipilihnya telah menunjukkan potensi, tetapi mereka kini perlu mempertingkat prestasi untuk beraksi di medan antarabangsa.

Mengulas mengenai pemain baru ini semasa skuadnya diumum, Nishigaya berkata:

“Saya mahu mereka menimba pengalaman dalam sekitaran latihan nasional dan mendedahkan mereka kepada latihan dan perlawanan intensiti lebih tinggi, selain mempertingkat taraf teknik mereka dan memperbaiki cara mereka menangani persaingan dan pelanggaran dengan pemain lain di medan antarabangsa.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg