Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Lingard akan mulakan perlawanan apabila United jumpa West Ham kali kedua

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Jesse Lingard, wira perlawanan liga antara Manchester United dengan West Ham United hujung minggu lalu akan memulakan perlawanan kedua dalam seminggu bagi kededua-dua kelab itu dalam Piala EFL dinihari esok.



Lingard, yang baru-baru ini enggan melanjutkan kontrak dengan United selepas Ronaldo menyertai kelab itu, memulakan perlawanan Liga Perdana England pada Ahad lalu di bangku simpanan, tetapi dimasukkan dalam separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kedua United dan menjamin kemenangan 2-1 ke atas West Ham di Stadium London.



Menggelecek bola memasuki petak penalti, Lingard merembat bola yang melencong ke penjuru kanan gawang untuk menjaringkan gol tersebut.



Bercakap dengan media menjelang perlawanan pusingan ketiga Piala EPL ini, pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer berkata Lingard akan dimainkan dari mula bagi perlawanan itu.



"Inilah sebabnya kami tidak rela membiarkan Lingard berpindah secara tetap ke West Ham," ujar Solskjaer, apabila diminta mengulas mengapa Lingard tidak mengikat kontrak tetap dengan West Ham selepas menyerlah apabila dipinjamkan kepada kelab itu.



"Adalah jelas, beliau ingin berjuang bagi tempatnya dalam kesebelasan utama dan beliau masih ingin memain peranan dalam pasukan.



"Bagi saya, Lingard, pada masa ini benar-benar sedang memberikan sumbangan yang hebat kepada pasukan."



Cara Lingard bangkit itu mengakhiri minggu dengan lebih baik bagi beliau selepas kesilapannya membiarkan United tewas kepada kelab kerdil Young Boys dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.



Satu lagi perlawanan antara dua pasukan EPL dalam pusingan ketiga Piala EFL ini ialah antara Chelsea dengan Aston Villa.



Kededua pasukan itu melangkah ke padang dengan penuh yakin, selepas menjaringkan tiga gol dalam perlawanan liga masing-masing.



Chelsea menewaskan kelab sekota Tottenham Hotspur 3-0 sementara Aston Villa bermain di luar jangkaan untuk mengatasi Everton dengan jaringan yang sama.



Chelsea dijangka menurunkan kesebelasan utama yang diubah bagi perlawanan ini, tetapi pengurusnya Thomas Tuchel dijangka tidak akan terlalu mengganggu momentum pasukan yang kini sedang mendahului EPL dengan kiraan perbezaan gol.



Buat masa ini, ia terikat 13 mata dengan Liverpool dan United dan perlu terus mengekalkan momentum.



Dalam pada itu, Spurs berpeluang menebus kekecewaan kalah teruk kepada Chelsea apabila ia bertandang ke Wolves.



Perlawanan ini juga mendapat perhatian kerana inilah kali pertama pengurus baru Spurs Nuno Esperito Santo bertandang ke kelab yang dipimpinnya musim lalu dalam pertandingan domestik.



Wolves, pada masa ini sedang bergelut untuk mengutip mata dalam liga.



Ia telah tewas empat kali dan hanya mempunyai tiga mata dalam lima perlawanan.



Piala EFL dijangka sebagai satu peluang realistik baginya memenangi sebarang trofi musim ini. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >