Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Lingard bangkit dari kesilapan, Kante tunjuk sentuhan 'unik'

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: David de Gea menjadi wira Manchester United apabila penjaga gawang itu menepis sepakan penalti minit akhir Mark Noble sekali gus membolehkan United menang 2-1 ke atas West Ham dalam saingan Liga Perdana England (EPL) malam kelmarin.



Skuad The Hammers dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Luke Shaw dan Noble yang dimasukkan untuk mengambil sepakan itu gagal menyempurnakannya.



West Ham mendahului pada separuh masa pertama apabila percubaan Said Benrahma terkena Raphael Varane dan gagal diselamatkan de Gea.



Cristiano Ronaldo bagaimanapun meneruskan rentak konsistennya musim ini untuk menjaringkan gol penyamaan walaupun percubaan pertamanya diselamatkan Lukasz Fabianski.



Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, menunggu sehingga perlawanan berbaki 15 minit untuk menambah sengat di bahagian serangan dan keputusan untuk memasukkan Jesse Lingard berbaloi selepas pemain itu menjaringkan gol kemenangan.



Solskjaer memuji Lingard yang berjaya bangkit daripada kesilapan ketika mereka tewas kepada Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.



Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu sekali lagi bermula di bangku pemain simpanan ketika menentang West Ham, dan kali ini dimasukkan pada minit ke-73, menggantikan Paul Pogba.



Ketika permainan seakan berakhir seri, Lingard menggelecek masuk ke dalam kotak penalti dan melencongkan bola melepasi Fabianski untuk memastikan kemenangan United.



"Anda perlu belajar hidup dalam keadaan suka dan duka. Beliau meminta maaf selepas aksi Selasa (lalu) walau semua orang merasakan ia tidak perlu.



"Sudah tentu beliau mengharungi saat sukar pada Selasa, tetapi beliau bangkit dan bekerja keras semula. Saya gembira untuknya," kata Solskjaer.



Dalam perlawanan lain, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, menyifatkan N'Golo Kante sebagai seorang pemain "unik" apabila bintang tengah Perancis itu memainkan peranan penting dalam kemenangan 3-0 di Tottenham Hotspur sebaik dimasukkan pada separuh masa kedua.



Tuchel yang kecewa dengan persembahan anak didiknya sepanjang separuh masa pertama aksi EPL itu, memasukkan Kante ketika rehat.



Kelincahan Kante ternyata memberi impak apabila Chelsea menjaringkan dua gol dalam tempoh 12 minit awal separuh masa kedua.



Thiago Silva menanduk masuk gol pembukaan dan rembatan jarak jauh Kante, yang terkena Eric Dier, meluaskan jurang Chelsea. Antonio Rudiger menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga pada minit akhir bagi membolehkan Chelsea melonjak ke tangga teratas liga.



Tuchel tanpa ragu-ragu dan pantas memuji sumbangan pemenang Piala Dunia 2018 itu. "Pemain yang hebat, jika anda miliki N'Golo, anda mempunyai sesuatu yang semua pasukan mahukan," kata Tuchel. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >