Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lingard hadapi lawan yang dulu kawan

Sep 19, 2021 | 5:30 AM
JESSE LINGARD (Manchester United)
JESSE LINGARD (Manchester United) -

JESSE LINGARD (Manchester United)

PEMAIN tengah Manchester United, Jesse Lingard jelas kecewa setelah kesilapannya menyebabkan Young Boys meraih kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara mereka baru-baru ini.

Pemain berusia 28 tahun itu mendedahkan bahawa keputusan itu membuat beliau berasa 'sedih' dan 'sangat kecewa' kerana beliau memainkan peranan utama dalam kekalahan itu.

Dalam satu pos di Twitter, pemain itu menulis: "Keputusan malam itu sangat pedih. Setiap kali saya menyarung jersi ini, saya harap penyokong tahu ia begitu bermakna bagi diri saya. Saya sering keluar dengan keinginan untuk melakukan yang terbaik untuk kelab, pasukan, dan peminat.

"Saya kecewa kerana saya telah menyebabkan kekalahan ini. Kesilapan terjadi dalam bola sepak namun saya akan bangkit semula dan akan terus memberikan yang terbaik."

Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer berkata Lingard mungkin akan ditampilkan dalam perlawanan malam ini menentang West Ham. Pastinya beliau berharap dapat mengulangi persembahan cemerlangnya di Stadium London semasa dipinjamkan ke West Ham sekali lagi. - Foto AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg