Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lingard tak akan kembali ke Man U?

Apr 16, 2021 | 5:30 AM
DECLAN RICE
DECLAN RICE -

LONDON: Pemain midfield England Jesse Lingard, 28 tahun, berkata beliau belum memutuskan kembali ke Manchester United atau kekal di West Ham, setelah menunjukkan persembahan baik bagi kelab London itu.

Lingard menjaringkan lapan gol dalam sembilan perlawanan bagi West Ham sejak dipinjamkan Januari lalu, mendorong jurulatih David Moyes mengisytiharkan beliau berminat mendapatkan khidmatnya secara tetap.

"Beliau menunjukkan mutu yang memang dimilikinya. Di United mungkin peluangnya untuk menyerlah terhad, tapi Jesse nampak begitu seronok menyarung jersi West Ham dan ini dapat dilihat menerusi persembahannya.

"... apakah saya berminat mendapatkan khidmatnya secara tetap? Tentu sekali ya, saya harap ia akan berlaku," kata Moyes.

Pemindahan Lingard, bagaimanapun, bergantung pada kesediaan West Ham melepaskan pemain midfield Declan Rice, 22 tahun, yang dikhabarkan menarik minat United.

Sumber rapat dengan pemain itu juga berkata beliau teruja dengan berita United akan memburu tandatangannya musim depan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg