Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lingard tolak kontrak baru United

Sep 9, 2021 | 5:30 AM
TOLAK KONTRAK BARU: Lingard menerima beberapa tawaran musim panas ini, dengan West Ham, terutamanya, berminat beliau kembali ke kelab itu. - Foto fail
TOLAK KONTRAK BARU: Lingard menerima beberapa tawaran musim panas ini, dengan West Ham, terutamanya, berminat beliau kembali ke kelab itu. - Foto fail -

LONDON: Penyerang England Jesse Lingard telah menolak tawaran kontrak baru daripada Manchester United.

Difahamkan bahawa Lingard prihatinan mengenai kekerapan beliau akan bermain musim ini, terutamanya sejak ketibaan Cristiano Ronaldo di Old Trafford.

Pemain berusia 28 tahun itu berazam bermain dengan kerap untuk mengekalkan tempatnya dalam skuad Gareth Southgate di England menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Beliau terlepas bermain bagi England dalam kejohanan Euro 2020, yang menyaksikan pasukan Three Lions mara hingga ke final, tetapi kembali menyertai pasukan itu dalam kemenangan 4-0 ke atas Andorra dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Ahad lalu.

Malah, beliau menjaringkan dua gol dan membantu dalam satu jaringan.

Lingard terkial-kial untuk mendapat peluang di bawah pengurus United Ole Gunnar Solskjaer, tetapi menyerlah ketika dipinjamkan kepada West Ham musim lalu.

Dalam hanya 16 penampilan selepas menyertai West Ham Januari lalu, beliau menjaringkan sembilan gol dan memenangi anugerah pemain terbaik dan jaringan terbaik Liga Perdana pada April.

Prestasi beliau membantu The Hammers mengakhiri liga musim lalu di tempat keenam.

Perjanjian semasa pemain itu bersama United akan tamat hujung musim ini.

Lingard menerima beberapa tawaran untuk melakukan pemindahan musim panas ini, dengan West Ham, terutamanya, mahu beliau kembali ke kelab itu.

Bagaimanapun, Solskjaer ingin mengekalkannya di United semasa jendela perpindahan.

Persaingan semakin meningkat untuk mendapat tempat di Old Trafford musim ini setelah kedatangan Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo.

Pemain sayap Daniel James pindah ke Leeds United di bawah perjanjian bernilai £30 juta ($56 juta).

Lingard setakat ini hanya beraksi empat minit dalam musim baru Liga Perdana, dimasukkan dari bangku simpanan ketika United terikat di Southampton bulan lalu.

Namun, akan lebih jelas berapa kerap beliau akan diturunkan oleh Solskjaer sepanjang tiga minggu mendatang, apabila United memulakan kempen Liga Juara-Juara dan Piala Carabao mereka, di samping beraksi dalam empat perlawanan liga. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg