Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lion City Sailors 2 juara Piala Belia Bayern

Jul 19, 2022 | 5:30 AM
CUNGKIL BAKAT: Pemain pasukan Lion City Sailors 2 meraikan kejuaraan Piala Belia Bayern FC Singapura di Stadium Negara, kelmarin. - Foto SPORTSG
CUNGKIL BAKAT: Pemain pasukan Lion City Sailors 2 meraikan kejuaraan Piala Belia Bayern FC Singapura di Stadium Negara, kelmarin. - Foto SPORTSG -

PASUKAN Lion City Sailors 2 muncul sebagai juara Piala Belia Bayern FC Singapura setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas Pusat Pembangunan Akademi Bola Sepak ActiveSG (AFA) di Stadium Negara, kelmarin.

Pertandingan belia itu kali pertama diadakan di Stadium Negara sebagai usaha meraikan bakat muda setempat.

Ia menampilkan 23 pasukan dari pusat kecemerlangan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), akademi bola sepak sekolah dan AFA, dengan perlawanan dilangsungkan dalam format tujuh sepasukan.

Hampir 1,500 penonton, yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan pemain, hadir menonton acara dua hari itu.

Di akhir kejohanan, seramai 15 pemain daripada pasukan bertanding juga dipilih untuk menjalani latihan pusat.

Mereka akan bersaing untuk 10 tempat mewakili skuad Singapura yang bakal bersaing dalam pusingan akhir Piala Belia Bayern di Allianz Arena pada Oktober ini.

Shaun Chiu, 15 tahun, kapten bersama Pusat Pembangunan AFA, antara yang terpilih kelmarin.

"Saya menyimpan hasrat untuk meraih tempat bermain dalam pusingan akhir Oktober ini. Saya harap dapat membanggakan Singapura dengan merangkul kemenangan," katanya yang telah bersama AFA sejak usianya 10 tahun.

"Pengalaman bermain di Stadium Negara sangat menyeronokkan. Ia pasti akan membantu saya (jika berjaya dipilih untuk ke pusingan akhir di Jerman) dan saya harap dapat bermain lebih kerap di sini di depan ibu bapa dan kawan-kawan saya."

Mengimbas kembali pengalamannya beraksi dalam edisi pertama Piala Belia Bayern pada 2018, penyerang pasukan Young Lions, Zikos Chua, pula berkata:

"Bermain di pentas besar seperti llianz Arena di Jerman sudah tentu meninggalkan kesan terhadap saya.

"Ia rasa berbeza jika berbanding bermain dalam stadium kosong. Di pusingan akhir Piala Belia Bayern 2018, kami meraih tempat kedua daripada 10 pasukan antarabangsa dan ditonton oleh ribuan peminat. Ia pengalaman yang saya tidak dapat lupakan.

"Begitu juga untuk kumpulan belia kali ini. Bermain di pentas besar seperti Stadium Negara adalah detik yang akan diingati dan pengalaman berharga."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg