Topik diikuti
Pergi ke BHkuLion City Sailors rancang belanja $10j bina pusat latihan
Premium
Lion City Sailors rancang belanja $10j bina pusat latihan
Lion City Sailors rancang belanja $10j bina pusat latihan
LATIHAN: Pengarah Akademi Bola Sepak Lion City Sailors Luka Lalic memperhatikan sesi latihan pemain muda. Lion City Sailors mengumumkan rancangan membina pusat latihan baru menjelang 2022. - Foto fail -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 18, 2020 | 5:30 AM
GOLONGAN muda berusia antara enam hingga 18 tahun yang meminati bola sepak dan menyertai Akademi Bolasepak Lion City Sailors akan dapat berlatih di pusat baru yang menelan belanja berjuta dolar setelah kelab itu mengumumkan rancangan membangunkan prasarana latihannya sendiri menjelang 2022.
Dikatakan sebagai pusat latihan bersepadu pertama di sini, prasarana itu dijangka menempatkan enam padang bola sepak - dua boleh menampung permainan 11-sepasukan, satu sembilan-sepasukan, dua tujuh-sepasukan dan satu lima-sepasukan - sekali gus mengambil ruang lebih 17,000 meter persegi.
