Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lion City Sailors tandatangani bekas pemain PSV bagi rebut semula piala SPL

Feb 27, 2024 | 01:17 PM



Lion City Sailors (LCS) telah memberi amaran kepada pesaing mereka bahawa kelab bola sepak itu benar-benar ingin mendapatkan semula piala Liga Perdana Singapura (SPL) yang mereka menangi pada 2021.

Kelab SPL tersebut mengesahkan pada 26 Februari bahawa mereka telah menandatangani pemain tengah, Bart Ramselaar, daripada pasukan Belanda, Utrecht secara pinjaman hingga akhir kempen 2025-26 lapor The Straits Times (ST).


Pemain berusia 27 tahun itu pernah bermain untuk PSV Eindhoven, sebuah kelab terkemuka di Belanda, dan membuat tiga penampilan bagi pasukan nasional negara itu.

Beliau tiba di LCS dengan bayaran sekitar 1.5 juta euro ($2.2 juta).

Jumlah ini lebih rendah daripada 1.8 juta euro yang dibayar oleh LCS apabila mereka menandatangani pemain tengah warga Brazil, Diego Lopez, daripada pasukan Portugis, Rio Ave, pada 2021.

Perjanjian bagi Lopez – yang meninggalkan Singapura selepas tempoh kontraknya berakhir pada akhir musim lalu – merupakan perjanjian termahal dalam SPL dan ia merupakan kali pertama kelab SPL membayar jutaan dolar untuk mendapatkan pemain daripada pasukan Eropah.

“Saya telah habiskan kerjaya saya sejauh ini di Belanda, jadi ia memang matlamat saya untuk buktikan diri saya di liga negara asing juga,” kata Ramselaar.

Beliau turut menyifatkan langkah bermain bersama LCS sebagai satu ‘projek hebat’.

“Saya amat tertarik untuk menghadapi cabaran baru dan ini termasuk bermain di Singapura bersama LCS...

“Saya di sini untuk membantu pasukan dengan pengalaman saya dan saya harap untuk bermain bola sepak hebat yang boleh menarik lebih ramai penyokong untuk ke stadium,” ujarnya.

Pengurus LCS, Aleksandar Rankovic, pernah bekerjasama dengan Ramselaar semasa beliau menjadi penolong pengurus Utrecht pada musim 2022-23.

“Dengan kelajuan dan kebijaksanaan beliau menggelecek bola, beliau merupakan tambahan hebat kepada pasukan ini,” kata Rankovic.

“Saya sedang menantikan bagaimana beliau boleh membantu pemain lain seperti Maxime (Lestienne), Shawal Anuar dan Richairo Zivkovic untuk menambah ancaman serangan kami,” tambah beliau.

Wartawan akhbar Belanda, Encik Jeroen Kapteijns, berkata bahawa LCS telah mendapatkan pemain yang “mahir mengawal bola dengan teknik yang hebat”.

“Erik ten Hag (kini pengurus Manchester United), yang pernah bekerjasama dengan Ramselaar di Utrecht, selalu kagum dengan teknik beliau. Pastinya ini merupakan pemindahan yang mengejutkan.

“Saya tidak sangkakannya langsung, tetapi memang hasratnya untuk keluar negara dan ini merupakan peluang bagi beliau,” kata Encik Kapteijns.

Encik Kapteijns juga berkata jumlah yang dibayar untuk Ramselaar adalah berpatutan dan hampir sama dengan jumlah yang telah dibayar oleh PSV kepada Utrecht.

Musim ini, Ramselaar hanya digunakan sebagai pemain gantian, dengan hanya tiga permulaan dalam 11 perlawanan di Liga Eredivise.

Beliau menjelaskan bahawa kerjaya Ramselaar di Belanda terjejas akibat kecederaan lutut yang berlaku pada masa yang malang.

Ramselaar merupakan pemain kedua yang ditandatangani LCS, selepas mereka menandatangani pemain pertahanan Croatia, Toni Datkovic, yang berusia 30 tahun.

Musim SPL bermula pada Mei, dengan Sailors mahu mengejar kejayaan selepas ditewaskan dalam perlumbaan kejuaraan SPL kepada Albirex Niigata untuk dua musim berturut-turut.

Mereka juga bersaing dalam pertandingan kelab peringkat kedua Asia, Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia 2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >