Subuh
5:33
Syuruk
6:50
Zuhur
12:54
Asar
4:05
Maghrib
6:55
Isyak
8:04

LionsXII atasi Perak 2-1 di Jalan Besar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LionsXII atasi Perak 2-1 di Jalan Besar

Jul 09, 2015 | 02:27 PM

LIONSXII menunjukkan semangat kental untuk bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mengalahkan Perak 2-1 dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia di Jalan Besar sebentar tadi.

Pemain import Korea Selatan, Namkung Woong, meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-12 melalui tandukan yang mengelirukan Izwan Mahbud.

Disentak dengan gol itu, LionsXII meningkatkan rentak permainan dan mengenakan tekanan ke atas Perak. Namun gol penyamaan yang diburu hanya tiba dalam waktu kecederaan separuh masa pertama.

Pemain import Brazil, Thiago Junior Aquino, gagal menyepak bola untuk menyelamatkan keadaan, sebaliknya sepakan lemah beliau hanya menghadiahkan bola pada kaki Hafiz Abu Sujad yang tidak bermasalah menolak bola ke gawang Perak.

LionsXII mendapat gol kemenangan daripada tandukan Safuwan Baharudin selepas pasukan tuan rumah mendapat tendangan bebas.

Perak mengasak untuk mencari gol penyamaan pada 10 minit terakhir tetapi kecemerlangan Izwan bererti LionsXII mencatat kemenangan kedua berturut-turut di padang sendiri.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3