Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII atasi Sime Darby 3-0, akhiri musim tanpa kalah di JBS

Walau tewas, JDT pertahankan mahkota Liga Super Malaysia, selepas pesaing terdekat Pahang turut tewas.
Aug 22, 2015 | 11:08 PM



LIONSXII melabuh tirai musim Liga Super Malaysia (MSL) tanpa kalah di tempat sendiri, mengatasi KL Sime Darby 3-0 di Stadium Jalan Besar dalam perlawanan terakhir pada malam Sabtu (22 Ogos).


Anak didik Fandi Ahmad mengakhiri musim di tangga ketujuh, melayakkan diri ke Piala Malaysia bagi musim keempat berturut-turut, walau ia gagal memenuhi sasaraan empat tempat teratas.


Sime Darby, yang telah tersingkir dari MSL sebelum perlawanan, mengakhiri musim di tangga ke-12 dan terakhir; dan akan beraksi dalam Liga Perdana Malaysia musim depan.


Gol pertama LionsXII ditanduk masuk oleh Safuwan Baharudin hasil hantaran tepat Christopher Van Huizen dari tendangan sudut. Penyerang mapan Khairul Amri menggandakan jaringan pada masa kecederaan babak pertama, menyempurnakan tendangan penalti selepas pemain pertahanan Sime Darby menyentuh bola dengan tangan dalam petak penalti.


Walau mengasak benteng perlawanan sepanjang babak kedua, LionsXII yang menurunkan beberapa pemain simpanan seperti Van Huizen, Sufian Anuar dan Khairulhin Khalid, hanya berjaya menambah satu lagi gol, menerusi kecemerlangan Hafiz Abu Sujad. Pemain kaki kidal itu mengawal bola dengan buku lali kiri sebelum memperdaya penjaga gawang lawan dengan tendangan kaki kanan yang melencong ke penjuru kanan gawang.


Berbekal pertunjukkan baik ini, LionsXII berharap nasib mereka di Piala Malaysia bulan depan akan bertambah baik, terutama apabila beraksi di padang lawan. Mereka hanya berjaya memenangi satu daripada 11 perlawaan di padang asing - kemenangan 2-1 ke atas lawan sama awal tahun ini.


Fandi berkata:


"Kami perlu beraksi dengan lebih baik dalam Piala Malaysia bulan depan, terutama di tempat lawan. Saya berharap pengalaman yang diraih sepanjang musim ini akan dapat dimanfaatkan pemain.


Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) mempertahankan kejuaraan liga walau tewas 2-1 kepada Felda United di tempat lawan, selepas pesaing terdekat Pahang turut tumpas - 3-1 kepada Terengganu di Kuala Terengganu.  Hariss Harun, pemain warga Singapura yang menyarung jersi JDT cipta sejarah selepas memenangi MSL buat tiga tahun berturut-turut; dengan LionsXII (2013); dan JDT (2014,2015).


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengakhiri musim di tangga ke-11 tersingkir dari MSL dan menyertai Sime Darby dalam Liga Perdana musim depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >